KATEGORI-KATEGORI YANG MENDAPAT DISKAUN DARIPADA PTPTN.
Apa Khabar semua...
Dah lama aku tak update blog aku, aku kalau perangai malas aku datang mulalah malas nak update-update ni. First of all, banyak benda aku nak tulis and cerita tapi biar aku tulis dulu benda yang aku dah google search pasal second class degree ni. Conclusionnya, memang second class degree ni tak dapat apa-apa benefit untuk pinjaman ptptn. Orang yang dapat benefit untuk Ptptn hanya dalam kategori ni je:
- First Class Degree/Dekan Kelas Pertama
- Diskaun Baki Hutang Untuk Bayaran Penuh
- Diskaun Bayaran Separuh Daripada Baki Hutang
- Diskaun Bayaran Balik Melalu Potongan Gaji Atau Debit Terus Mengikut Jadual.
Kalau anda tergolong dalam kategori-kategori ini. Tahniah anda layak mendapat pengurangan bayaran balik daripada PTPTN.
- Untuk Degree sahaja, yang penting mestilah First Class/Dekan Kelas Pertama. Benefit, tidak perlu bayar langsung pinjaman PTPTN.
- Untuk mereka yang bayar baki pinjaman PTPTN full akan dapat 15%. Contohnya, korang dah kerja and start bayar PTPTN.2-5 tahun lepas tu korang mesti ada simpanan dan baki PTPTN korang mungkin dalam RM10k. Kalau korang bayar penuh korang kena bayar Rm8,500 je sebab korang dapat diskaun 15% iaitu Rm1,500. So ni benefit untuk mereka yang dah bekerja.
- Yang ni lebih kurang sama dengan kategori 2 tapi bezanya korang hanya bayar separuh je daripada baki hutang PTPTN korang dan diskaun korang dapat ialah 12%. Contohnya, baki hutang PTPTN RM10k, lepas tu korang bayar separuh Rm5k. So korang dapat diskaun Rm1,200.
- Yang ke 4 tu PTPTN akan potong gaji korang untuk bayar pinjaman tu secara automatic. Kiranya gaji korang Rm1,800 dan PTPTN akan tarik kurang daripada apa yang korang biasa bayar bulan-bulan sebelum ni. Korang dapat diskaun 10%.
Untuk kategori 2-4 aku sebenarnya tak beberapa pasti betul ke tidak apa yang aku explain. Ni berdasarkan apa yang aku fahamlah. Untuk lebih detail korang bolehlah tanya pihak PTPTN. Yang faham pasal kategori-kategori tu bolehlah komen dekat bawah. Kalau ada salah ke apa aku edit balik post ni. Satu lagi kategori 2-4 ni diskaun dia berubah-ubah and kejap ada kejap tak ada.Last aku check, dekat laman web ptptn 'akaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang diberikan bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022 '.
So, aku rasa diskaun dia tak ada dah sekarang. Satu lagi kenapa aku kata diskaun dia berubah-ubah, sebabnya kawan aku pernah cakap yang tahun berapa aku tak ingat. Kalau bayar penuh diskaun 50%. Banyak kut, diskaun dia. Lepastu, ada certain year yang takde diskaun langsung.
So pandai-pandailh korang tanya pihak ptptn dan rajin-rajin lah tengok website dia
Itu saja dari aku hari ni..byee
.
aku graduate engineering degree 3.49 cgpa ahahahaha bodo siot. 0.01 lagi je nak dpt takyah bayar ptptn. alahai nasib. kill me plis
ReplyDeleteSamalah, aku sampai hari ni pun rasa menyesal kalau ingat balik.
Delete