PROSES MENGAMBIL LESEN MEMANDU KERETA P
Hi semua...
Untuk post kali ni aku akan share pengalaman aku proses aku nak dapatkan lesen memandu kereta P. Sebelum ni aku dah cerita cara nak ambil lesen kereta L. So ni kira sambungan dia lah. Tapi aku nak cakap skit aku dapat lesen P ni dah lama 9/2018 ari tu. Jadi mungkin ada satu dua aku tak ingat, biasalah aku ni kan pelupa hahahaha....
Sekarang kau dah dapat lesen L, jadi korang kena confirmkan tarikh untuk korang datang berlatih dengan cikgu korang. Time aku ari tu cikgu aku busy so aku cuma boleh berlatih dengan dia seminggu sekali atau 2 minggu sekali. Memang tak consisten langsung, tapi salah aku juga sebab terima je apa cikgu aku kata. Tapi korang kena fikirlah, minggu ni korang first time cuba bawa kereta. seminggu kemudian, sekali lagi. Korang rasa korang boleh ingat ke?
Try mintak seminggu dua kali ke,terpulang kat koranglah. Yang pasti jadual korang tu kena matching dengan jadual cikgu korang. Lesen L korang tu tak bermakna korang dah boleh bawa kereta sendiri. Lesen L korang boleh bawa kalau cikgu korang ada sekali je. Tapi kalau lesen motor L korang baru boleh bawa sendiri tapi jangan lupa lekat sticker L kat motor. Kalau tak de kena saman.
Proses latihan ni terbahagi kepada dua bahagian:
1. KPP 02 (Dalam Litar)
2. KPP 03(Jalan Raya)
Masa aku berlatih tu dalam 10 jam aku rasa. Tapi mungkin atas tempat kot, aku ambil lesen kereta dekat Ganda. First day aku berlatih memang sakit kaki lah. Sebabnyer aku ambil lesen untuk kereta manual. Clutch tu kena selalu jaga kalau tidak kereta kau mati. Aku berapa kali kereta mati, aku bawa masa tu macam kura-kura. Minyak pun takut nak tekan hahahahah....
Yang ni atas cara cikgu korang mengajar, tapi aku punya cikgu time tu suruh aku bawa pusing litar je selama 1-2 jam. Lepas tu naik bukit sekejap, kitaorang rehat pergi makan dalam pukul 3 tu aku sambung balik. Time aku siap semua latihan untuk hari tu kaki aku memang sakitlah lebih-lebih lagi bahagian belah kanan. kira hari pertama aku berlatih dalam 4 jam dan hari-hari lain dalam 1-2 jam
Then aku punya jadual latihan minggu depan pulak, masa tu memang main kat litar jelah. Tapi ni atas kemahiran masing-masing, aku ni jenis slow skit bawa kereta so jadi macam nilah jawabnyer. Ingat tak yang aku kata jangan ambil lesen time kau belajar. Ni aku nak citer, kan dah dua minggu. Bila nak jadualkan time latihan seterusnya, aku terpaksa tangguhkan dulu sebab kena balik kolej aku, cuti dah habis dah..(-_-")
Time aku ada cuti aku balik kampung sambung balik buat lesen. Jadi latihan memandu aku kejap on kejap off. Mujurlah lekat apa yang cikgu aku mengajar time tu.
Jadi untuk bahagian litar korang kena buat latihan untuk:
1.Parking sisi
2.Bukit
3. selekoh S
4. tiga penjuru
5. Selekoh Z
Benda kat atas ni korang kena buat kat litar. Then bila cikgu aku nampak aku dah mahir dia bawa aku pergi buat KPP 03 pulak. Masa buat dekat jalan raya tu cikgu aku explain yang laluan jalan raya ada 3. Iaitu laluan A, laluan B, dan laluan C.
Mula cikgu aku bawa dulu, nak tunjuk laluan A,B,C ni dari mana sampai kat mana. Then bawa kereta tu balik semula ke Ganda. Memang time tu aku rasa, jalan raya lagi susah dari litar tapi jangan risau semua kereta cikgu yang korang bawa ada break dekat seat penumpang. Jadi kalau apa-apa jadi ke, cikgu korang akan tekan break tu dulu.
Lepas korang dah siap buat semua KPP02 dan KPP03. Korang kena buat QTI or ujian penilaian tak silap akulah. Masa tu cikgu aku sendiri yang test aku. Walaupun aku bawa tak beberapa pandai lagi tapi cikgu aku luluskanlah je.
Sebab aku pun masa tu cukup dah masa aku berlatih. Tawakal jelah time ambil ujian nanti.
Untuk step seterusnya, korang kena pergi pejabat kata nak booking test JPJ. Time aku kena bayar dalam RM10 kot. Aku pun tak beberapa ingat dah, tapi biasanya kerani kat situ akan terangkan juga macam mana proses booking dia. Untuk booking test JPJ lesen L korang kena matang dulu, iaitu lebih dari sebulan dan masa belajar korang mencukupi.
Sehari sebelum tarikh ujian ni, cikgu aku hantar mesej untuk RPK dan RSM. Aku masa tu, nyaris nak bergaduh jugalah dengan cikgu aku. Kau bayangkan dia hantar wasap RSM dan RPK. Tak de nak ajar aku, aku terpaksa tanya encik google, lepas tu aku pergi buka bonet hadapan kereta mak aku nak tengok benda kat dalam tu.
Kalau korang nak tahu RPK ni rutin pemeriksaan kenderaan, ada dalam 20-25 benda korang kena ingat, kita kena check bahagian luar kereta, bonet belakang dan depan. RSM ni rutin sebelum memandu, ada dalam 17-20 benda korang kena ingat dan check bahagian dalam kereta. Sebab benda ni dah lama aku pun tak ingat sangat dah. Tapi dua benda ni penting sebab ada markah, JPJ tu akan kira korang ingat berapa untuk benda ni.
Kalau dekat litar korang ada buat kesalahan kecil 1-2 , benda ni boleh topup markah korang. Aku nak explain pasal RPK dan RSM ni banyak sebenarnyer.Jadi sama ada aku buat post lain or nanti korang tanyalah cikgu korang sendiri. Lagi jelas.
Jadi, hari yang dinanti-nantikan telah sampai, aku kena ada dekat sana sebelum pukul 9, lepas tu aku kena pergi check aku kumpulan mana. Lepas tu korang kena tunggu van JPJ tu sampai. Diorang dah sampai, korang kena pergi berkumpul dekat abang-abang and kakak-kakak JPJ tu.
Pertama dia akan bagi taklimat, kalau korang first time ambil test ni, dengar betul-betul apa dia cakap kalau tak korang akan keliru. Lepastu dia akan panggil nama korang dan bagi fail dekat korang. Masa tu dia akan bagitau kumpulan ni ni buat litar dulu atau jalan raya.
Aku kena buat litar dulu jadi aku pergi bahagian litar. Sampai sana kena buat RPK dulu baru RSM. Aku sedih juga time tu sebab abang JPJ tu kata aku student paling teruk untuk buat test RPK ni. Tapi nak buat macam mana dah, cikgu aku tak ajar pun aku. Time tu memang aku reda dah.
Lepas tu aku masuk kereta buat RSM pulak. Dah siap dua-dua, aku kena tunggu nama aku dipanggil untuk buat ujian litar.
Ujian litar kalau ikut turutan tempat aku belajar:
1. Bukit
2. Selekoh Z
3. Selekoh S
4. Parking sisi
5. Tiga penjuru
Untuk bahagian bukit, dia bagi dua peluang tak silap akulah. kalau tayar kereta tak masuk dalam petak kuning atau terlebih sikit, kau boleh under, buat balik, selekoh Z bagi aku susah sikit. Sebab dia tak boleh break dalam ni, tapi masa aku nak tukar selekoh tu aku break sebab takut langgar benteng tepi tu. Korang tak dikira gagal tapi markah dia akan potonglah.
Lepas tu selekoh S bagi aku senang je tak ada masalah. Parking dia bagi masa dekat korang, 3-5 minit kot? Dalam masa tu korang boleh lah ejas kereta untuk bagi masuk parking. Untuk tiga penjuru, korang boleh berhenti dua kali je. Sekali time masuk dalam, sekali lagi time korang undur , break, dan kuar semula dari tiga penjuru tu. Lepas tu aku kena bawa balik kereta aku ke tempat mula-mula aku ambil kereta tu.
Time ni, lulus ke tak lulus ke korang kena juga pergi buat yang jalan raya punya. Untuk jalan raya, bila nama aku dipanggil. Dia akan beritahu no. plat kereta yang aku dapat. Dalam tu abang or akak JPJ dah tunggu. Nak masuk tu bagi salam dulu, lepas tu kalau laki panggi encik/tuan kalau perempuan panggil cik/puan. Masuk tu kena buat RSM dulu, siap semua tanya dia, jalan mana nak guna. Dia beritahu , korang jalanlah.
Satu lagi kadang-kadang abang JPJ tu tak pakai tali pinggang. Jadi kita sebagai driver kena suruh dia pakai tali pinggang. Ni dia nak test kita.
Untuk jalan raya ni kalau korang dapat JPJ ok, dia akan tolong korang. Kesalahan kecil pun dia tegur je, jalan pun dia bagi korang pilih. Tapi kalau korang buat kesalah besar gagal juga. Kalau korang dapat JPJ tegas, hohoho...kesalahan kecil dia tegur sekali dengan potong markah. Sampai dekat pusat latihan korang, ingat dah lulus. Rupa-rupanyer gagal sebab korang banyak buat kesalahan kecil.
Dah siap semua, tak silap ada kena saing nama dulu. Kalau lulus boleh bawa kertas penilaian JPJ tu ke pejabat kalau tak lulus kena booking blik ujian JPJ tu.
Kalau lulus, korang kena tunggu. Tanya pekerja pejabat tu sebab aku pun dah tak ingat. Kalau tak lulus korang kena booking balik test tu. Kalau lulus 1 dari dua ujian tu korang buat yang tak lulus tu jelah. Kali pertama korang gagal, percuma atau kena bayar RM10-20.
Kali kedua memang mahal kena bayar, aku kena RM105-110. Tapi aku dengar sekarang dah naik harga. Tapi tak taulah.
Lesen P korang hanya boleh buat dekat bangunan JPJ sahaja bukan pejabat pos.
Aku rasa tu jelah
Jumpa lain kali...byee..(^-^)
MACAM MANA NAK TUKAR LESEN P KEPADA LESEN BESAR

Terima Kasih atas blog
ReplyDeletemari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
ReplyDeleteBONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.
Nak tanya kalau dah lulus bila boleh ambil lesen berapa lama mereka bagi
ReplyDeletesorry benda ni dah lama so aku tak beberapa ingat...tapi biasa lepas kau lulus cikgu kau akan explain kena tunggu berapa lama, bawa apa untuk buat lesen p dekat jpj. Tapi tak silap aku kena tunggu 3-4 hari pastu boleh pergi ke JPJ untuk ambik lesen p.
ReplyDeleteHey, this is a great post, so clear and easy to understand. All your hard work is much appreciated.
ReplyDeletepba malaysia
fire contractor malaysia
sprinkler system malaysia
Appreciating the persistence you put into your blog and the detailed information you provide. Keep up the good work.
ReplyDeleteplastic cup malaysia
plastic packaging malaysia
packaging biskut raya
Nice post, keep it up. Hope you are well.
ReplyDeletemercury vapor analyzer
cold vapor atomic absorptions spectroscopy