PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN UNTUK IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA

Apa khabar semua....

Hari ni aku nak kongsi sedikit info yang aku baca. Korang semua mesti tahu yang kebanyakkan students di Malaysia yang melanjutkan pelajaran di peringkat IPT akan buat pinjaman melalui PTPTN.

Hari ni aku nak share yang PTPTN ada buat pengecualian bayaran balik untuk peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Untuk peminjam IPTS, program korang mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi dari MQA.

Aku sebenarnyer tak pernah tahu pun yang PTPTN ni ada pengecualian bayaran balik ni. Tapi aku punya pensyarah yang bagitau sebab pointer aku untuk 3 sem tinggi, kalau pointer aku stay tinggi sampai habis sem. Aku bolehlah apply untuk benda ni.

Aku masa tu excited giler. Siapa yang tak nak dapat duit free kan. So, bila aku dapat tahu time exam memang aku study hardlah. Bukan bermakna sebelum ni aku tak study hard tapi bila dah ada tujuan ni, dia study lain sikit lah hahahaha....

Selepas tu, aku pun tiba-tiba rasa nak pergi tengoklah apa syarat-syarat dia. Sebab pensyarah aku tak terangkan sepenuhnya.

Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman:


  1. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama 
  2. Mengikuti peringkat pengajian Ijazah secara sepenuh masa.
  3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
  4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.
  5. Kursus yang diikuti oleh peminjam di telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.
  6. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.
Untuk info penuh korang boleh pergi dekat link bawah ni:

Untuk Pengelasan Ijazah Sarjana Muda korang boleh baca kat bawah ni.

Ijazah Sarjana Muda terbahagi kepada 4 kelas (bergantung kepada universiti dan program pengajian, secara umumnya seperti dibawah):
  • Kelas Pertama (CGPA 3.50 – 4.00)
  • Kelas Kedua Atas (CGPA 3.00 – 3.49)
  • Kelas Kedua Bawah (CGPA 2.20 – 2.99)
  • Kelas Ketiga (CGPA 2.00 – 2.19)
Tapi aku tak habis tulis lagi, ada satu benda yang sangat menyedih dan menyeksakan jiwa raga aku. 

Pengecualian Bayaran Balik PTPTN DAH TAK ADAAAAA.................

Ya allah, betapa tingginyer harapan aku betapa sakitnya bila ia musnah..

So Pengecualian PTPTN ni hanya untuk peminjam yang menamatkan pengajian sebelum 1 JANUARI 2019. Kalau yang selepas tu nothing to say lah.

Tapi kalau aku berfikiran positif, masih ada harapan lagi. Sebab aku graduate tahun 2022. Mana tahukan ekonomi Malaysia baikpulih. Lepas tu program ni ada balik. Kita tak tahukan, jadi harapan tu masih ada walaupun tipis.

Jadi sampai sini jelah citer kita hari ni. See you next time.

Penambahan
Ni aku baru buka blog aku and aku scroll bahagian comment. Ada yang comment mengatakan yang pengecualian bayaran balik ni masih ada cuma untuk B40 dan M40 aku pun baru tau. Thank u bro and sis yang comment tolong betulkan apa yang aku salah tulis. Aku memang tak tau pasal ni sebab masa aku research pasal pengecualian bayaran balik ni memang tak ada yang pasal B40 and M40 ni aku siap jumpa satu forum ni. Ada sorang ni post yang dia graduate First class lepas 1 January 2019 boleh buat tak pengecualian bayaran balik. Orang lain post semua tulis dah tak boleh masa tu tak de sorang pun yang cakap pasal boleh untuk B40 and M40 ni. Aku pun pergi juga dekat PTPTN punya portal and tak ada jumpa pun masa tu pasal B40 and M40 ni. Mungkin sebab pertukaran kerajaan baru dia adakan balik atau aku terlepas pandang. Apapun sory bagi info yang salah and thanks sebab komen kat bawah tu. Ada peluanglah untuk aku dapat pengecualian bayaran balik happy pulak rasa. Untuk lebih info korang bolehlah tanya pihak PTPTN sendiri

PART 2 

Comments

  1. adu sayangnya. saya baru dapat result upu, ingat nak mohon PTPTN sebab boleh dapat pengurangan. takpelah

    ReplyDelete
  2. Hi, adik nak tanya satu soalan. Pengecualian ptptn ni utk b40 & M40 only ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya pun tak beberapa pasti pasal ni. Mungkin boleh tanya PTPTN untuk info yang lagi betul. Tapi saya rasa memang untuk B40 and M40 je

      Delete
    2. Boleh rujuk disini, http://www.ptptn.gov.my/pengecualian-bayaran-blk-side

      Delete
  3. Nak komfem kan balik ni. Jd skrg dh takde la ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalagi..better tnya ptptn sndri

      Delete
    2. Ada.. Latest news kat portal ptptm

      Delete
    3. dia tak akan dikecualikan bayaran cuma untuk kelas pertama akan dapat pengurangan

      Delete
  4. Pengecualian ni untuk degree je eh?how about diploma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengecualian pembayaran balik hanya untuk degree, diploma takde walaupun ANC

      Delete
  5. Pengecualian ni still ada la cuma ada syarat baru dia tambah satu which is you must be under B40 or M40 category time dah habis pengajian.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. betul ke dah tak ada pengecualian??? and betul ke kalau ada pengecualian, itu untuk keluarga b40/m40 sahaja??

    ReplyDelete
  8. Salah info ni kak hehe. Pengecualian Bayaran Balik PTPTN untuk First Class Degree still ada, cuma applicable to B40 dengan M40 je. Sebab tu dalam website dia ada dua cabang which is before 1 Januari 2019 and Starting Januari 2019. Before Januari 2019, semua First Class Degree holder layak dapat pengecualian bayaran balik, but after Januari 2019, only for B40 and M40 and we need to submit all those documents needed by PTPTN. Unless akak from T20 families hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, saya setuju. ramai yg keliru sebenarnya nii. terima kasih sudi beri penerangan

      Delete
    2. hi disebabkan covid, convo telah ditangguhkan, jadi skrol akan diterima pada tahun 2021. boleh saya tahu apa dokumen yang lain boleh menggantikan skrol?

      Delete
    3. So diploma memang takde peluang apa apa lah eh

      Delete
  9. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete
  10. Salam.. Nak tanya.. Bayaran ptptn ni ada pengurangan tak yer untuk kelas kedua atas? Mcm saya tengok yg sebelum2 ni ada pengurangan macam dlm 20% pengurangan dari total bayar.. Jika ada dapatlah kurangkan beban sikit untuk membayar.. Mintak penjelasan dari pihak cik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, saya tak beberapa pasti pasal ni sebab saya tak ada cari sangat pasal pengurang bayaran ptptn ni. Tapi kalau tak silap ptptn ni tak ada pengurangan mengikut pointer. Sebabnya ptptn bukan macam pinjaman lain kena jaga pointer atas 3.00. Kalau certain pinjaman/biasiswa lain dia ada pengurangan mengikut pointer tapi every sem kena jaga pointer jangan jatuh bawah 3.00. Seingat saya kalau kita bayar jumlah yang banyak dalam satu masa baru ptptn ni akan dapat diskaun. Saya syorkan awak tanya sendiri dengan pihak ptptn untuk maklumat lanjut. Kalau tak nak pergi pejabat dia, call je pun boleh rasanya.

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Hi violet. Saya nak tanya.First class degree tu dikira bagaimana? Adakah dapat dekan setiap semester baru dikira sebagai first class degree? Atau ada beberapa semester sahaja yang dapat dekan sudah boleh dikira sebagai first class degree? Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..kalau tak silap, first class degree ni time kita graduate CGPA kita atas 3.50. Saya pun tak beberapa pasti kena dapat dekan setiap semester sebab apa yang saya jumpa first class degree ni 3.50-4.00. Second class degree 3.00-3.49, so i assume asal CGPA 3.50 after graduate kira dapat first class degree. Tapi saya ada terbaca yang ada certain universiti first class degree diorang 3.75 and above. Jadi kena rujuk balik dengan University awak.

      Delete
    2. Upsi 3.75 first class. Dasar upsi, xnk tolong student

      Delete
    3. Upsi 3.70 degree first class. 3.75 hanya untuk upm, umk, utem, dan unimas sahaja.

      Delete
  13. Boleh tak tlg terangkan syarat num 6 tu mcmana?

    ReplyDelete
  14. Maksudnya disini permohonan boleh dibuat dalam tempoh setahun atau 12 bbulan dari tarikh konvokesyen. Lepas dari tu dah tak valid.

    ReplyDelete
  15. Mmg dh tk valid ya kalau permohonan after 12 bulan , boleh buat rayuan tk ya ?

    ReplyDelete
  16. Dah pinjam duit rakyat, BAYARlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang la kena bayar tapi when govt give advantages for student yg resultnya power sama ada less or tkyah bayar langsung, kita grab je advantages given. Anggap it's gift for him/her hardships. So if tknak byar bljr la bersungguh-sungguh

      Delete
  17. saya ada satu soalan... kalau tak setiap sem dekan... tapi cgpa dlaam 3.5 keatas tu boleh dapat kah first class?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh at least pada akhir sem nnti CGPA *3.50 ABOVE

      * point ikut institusi masing2, kalau uitm 3.50

      Delete
  18. Utk master ada pengecualian jgk ke?

    ReplyDelete
  19. Hi nak tanya, klas dekan first kelas dapat peluang untuk tak bayar ptptn. Klau dekan kedua atas tu ada dapat apaw special ke contoh mcm potongan beberapa percent??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk ptptn pengecualian hanya utk dekan first class je, second class kena bayar full.

      Delete
  20. Hi nak tanya, saya tukar pt ke mara masa sem 5. Kalau saya dapat first class degree, boleh ke saya mohon pengecualian pembayaran pt yg saya da pinjam?

    ReplyDelete
  21. Saya ada menghubungi seorang Pengurus di pejabat PTPTN bertanyakan tentang pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN. Maklumat yang saya dapat daripada pengurus tersebut ialah :
    1. Pengecualian bayaran balik pinjaman akan diberikan kepada pelajar yang mendapat Kelas pertama sahaja dan Programnya mendapat pengiktirafan daripada MQA.
    2. Untuk Kelas Dua Atas tiada maklumat diberikan untuk pengecualian bayaran balik.

    ReplyDelete
  22. Thu x unirazak cgpa kne brapa ye utk 1st degree

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PROSES MENGAMBIL LESEN MEMANDU KERETA P

PRAKTIKAL DEKAT SWASTA ATAU KERAJAAN? MANA LAGI OK?