Pengalaman Interview sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat Di FELDA

Kali ni aku nak cerita tentang Interview Kerajaan pulak.. Sebelum ni semua Swasta..Kali ni lebih formal la..kiranyer.

Banyak-banyak interview yang ni la aku rasa nak hetam je kepala bila fikir balik. So aku hanya akan beritahu soalan interview dan jawapan yang terbaik aku rasa yang interview lain jawab.

Kali ni aku dapat email dari Felda menyatakan yang aku dapat temuduga jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat. So aku pun pelik la,actually tak ingat pun ada mintak . Kiranye aku termasuk dalam orang yang telah disenarai pendek.

Orang lain biasa akan excited, otak aku pulak fikir nak terima ke tidak.
Why?
Sebab aku tak tahu apa kejadahnya Pembantu Pembangunan Masyarakat ni. Tu aku teragak-agak. Then aku fikir
'Pergi jelah..dapat ke tak tu cerita lain...sekurang-kurang ada juga pengalaman interview' So aku pun
accept.

Tapi sebab ni first Interview kerajaan. Aku baca 3 hari berturut-turut sebelum tarikh interview. Cuma apa yang aku rasa nak pukul diri aku sendiri ialah..
AKU SILAP BACA....(-_-")

So apa yang aku silap baca...tugas PPM. First aku try cari kat google, PPM di Felda. Satu haram pun tak jumpa. Jumpa pun benda lain, so PPM ni tugas dia aku jumpa bawah SPA, aku dengan lurus bendulnyer ingatkan samalah tugas dia rupa-rupa bukan.

TUGAS PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT DI FELDA
  1. menguruskan hal ehwal sosial masyarakat Felda
  2. memantau skim pusat tuisyen di Felda
  3. Menjadi penyelaras GPW
  4. Memantau dan menguruskan pusat literasi keluarga felda(Yang ni tak pasti betul ke tak)
  5. dan lain-lain.
So ni yang sebenarnya,tugas Masyarakat dekat felda. Kira dia uruskan penduduk felda la lebih kurang.

Aku berterima kasih gila ke akak yang duduk sebelah aku sebab tolong jawab soalan aku.
Yang ni kena bawa document penting, macam biasa resume, sijil-sijil, dan alat tulis. Jangan lupa
salinan dia sekali sebab lepas abis interview dia akan ambil yang bahagian salinan tu.

Masa aku mula-mula masuk dia suruh kita tunggu kat luar. Kerusi 5 mendatar, so ikut korang nak duduk kat mana pun. Lepas tu dia suruh tulis nama. Kalau korang tak nak jadi orang first kena cakap dalam bilik interview jangan duduk depan-depan.

Satu lagi dia akan panggil 5 orang sekali interview, kira masa  tulis nama tu lepas orang no lima, orang no 6 akan jadi yang pertama kena cakap dalam bilik interview.

First dia akan ada ujian bertulis tajuk 'Apa awak tahu tentang Anugerah Kecemerlangan Keceriaan Kampung Felda'. Yang ni tak boleh jawab aku hentam. Banyak2 aku baca AKKKF ni keluar. Nak menangis aku dalam tu... Kalau perempuan manja memang dah menitis air mata dalam tu.

Masa dapat tu aku reda jelah. Lepas tu dia akan mintak fail kita yang ada sijil asal sekali dengan
salinan sijil tu. Dia nak check lepas tu kita kena ambik balik.
So  tunggu punya tunggu turn group aku.. Masuk lah aku jalan slow-slow tak nak jadi orang pertama masuk. Tapi dah masuk aku kena jadi orang pertama juga sebab dia tengok kertas yang tulis nama awal-awal tu.

Dia tanya mesti korang dah tahu pasal tugas ni kan
Dalam hati aku jawab'Tuan, saya tak tahu, saya salah baca' tapi muka aku senyum je. Pastu dia tanya sapa anak peneroka kat sini cucu, datuk nenek moyang dia ke..hahaha... dalam tu ada dua orang. Yang akak duduk sebalah aku, aku berterima kasih giler kat dia sebab tolong jawab soalan aku sebelum masuk. Sorang lagi cucu peneroka.

Mula-mula soalan standard dia
IV:Perkenalkan diri
Aku: Bagi salam perkenalkan diri aku. Yang ni dia bagi dua minit je jadi korang kena cuba singkatkan pasal diri korang. Tak payah nak explain lebih-lebih.
IV: Apa tugas PPM ni kat felda beri dua dan awak kena promote diri awak beritahu sebab apa saya kena pilih awak.
Yang aku tak nak cakap sebab aku jawab hancur. Tapi jawapan sekurang-kurangnyer
First kena beritahu dua tugas dia dulu then kau promoto lah diri kau kat dia contoh, saya akan turun padang join aktiviti setiap kali kampung Felda anjurkan aktiviti, beramah mesra dengan penduduk kampung,bergaul dengan mereka, berikan khidmat masyarakat yang terbaik dan lain-lain.
Yang lain korang fikir sendiri la
IV: Apa awak tahu pasal gst.
Adoi dia tanya gst pulak. Aku ni mana ambik tahu harga-harga barang ni tengok tv pun tak baca surat khabar apatah lagi. Yang pasti korang kena pujilah pasal gst ni.
Soalan akhir Felda bawah menteri mana?
Yang ni aku boleh jawab tapi interview tu tak layan aku. Dia tengok ke anak peneroka aku sakit hati pun tak boleh nak kata apa. Maybe suara aku slow sangat kot tak tahulah.
Jawapan dia Felda bawah Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Ada lagi ke soalan aku tak ingat dah , rasa tu je semua. benda bodoh aku terbuat sebab gabra sangat, dan korang hati-hati jangan jadi macam aku.
1.Saya tahu dari google..jangan cakap macam ni sekurang kata mengikut pencarian saya.
2. Kalau dia tanya kenapa awak ambik kos pelajaran awak tu, jangan jawab dengan jujur kalau kau tak minat. kau rekalah apa-apa pun. Biar nampak positif sikit kenapa kau ambik course tu.
3. Bila dia tanya soalan, dia akan bagi peluang sapa nak jawab dulu. Kalau kau tak yakin then jangan gedik-gedik nak angkat tangan nak jawab dulu. Try dengar apa yang lain cakap. Then kau karang dalam otak kau...

Sampai sini sajalah bebelan aku hari ni...tak larat nak menaip dah. Jumpa lain kali.
P/S: Jangan baca yang aku tulis ni je sebab lain interview lain cara. Takut masuk benda lain pulak. Tapi korang boleh try baca pasal komuniti Felda, persatuan GPW, harta pesaka, aktiviti masyarakat, gotong-royong, pemudah cara, mesyuarat jkkr dan AKKF kampung. Yang ni aku dapat dari Pak cik sedara ak tapi aku tak ingat nak baca sebab dia hantar last minute kat aku. Ni baru aku ingat blik tu aku update balik kat sini.

Comments

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^cc
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.biz...^_~3:23 PM 15-Sep-20
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete
  2. Salam sis. Nak tanya. Sis dapat tak kerja tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN UNTUK IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA

PROSES MENGAMBIL LESEN MEMANDU KERETA P

PRAKTIKAL DEKAT SWASTA ATAU KERAJAAN? MANA LAGI OK?