PRAKTIKAL DEKAT SWASTA ATAU KERAJAAN? MANA LAGI OK?

Assalamualaikum semua....

Dua hari lepas aku adalah berkongsi pendapat sikit dengan lecture dan kawan kolej aku yang lain.

Topik perbualan kami mengenai tempat praktikal mana yang lagi ok? Swasta atau kerajaan. Kalau lecture aku kata pertama, peluang untuk diserap sebagai pekerja semasa praktikal dekat kerajaan agak tipis berbanding dengan swasta.Tapi itu atas rezeki dan usaha masing-masing.

Kedua, pengalaman kerja yang korang dapat praktikal dekat agensi kerajaan lagi sikit daripada swasta. Tapi masih bergantung atas tempat, mungkin korang praktikal dekat bahagian kementerian sukan pengalaman banyak. 

Ketiga, pasal gaji. Kalau praktikal dapat gaji atau elaun tak? 

Jawapannya atas tempat, tapi banyak agensi swasta yang bagi elaun kepada budak praktikal bulan-bulan sebab diorang memang akan kerah tenaga budak praktikal ni untuk buat kerja. Tapi sekurangnya diorang bayarlah atas usaha korang. Tapi ada setengah tempat tak bagi langsung tapi korang still kena kerja macam pekerja tetap kat situ. Hati-hatilah time pilih tempat praktikal 

Kalau agensi kerajaan, ada yang bagi ada yang tak bagi. Tapi mungkin diorang akan bagi duit saguhati atau elaun ke tanda penghargaan korang kerja kat sana.

Pendek kata kalau lecture aku lebih mendorong kami untuk memilih praktikal dekat swasta.

Kalau kawan-kawan aku punya pendapat pulak. Diorang pun lebih prefer swasta sebab masa ambil diploma diorang dah try mintak kerajaan punya. Kerjanya, termenung sajalah selama 3 bulan praktikal...hahahahaha....

Kalau aku punya pendapat, dua-dua ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Pertama kita kalau boleh memang nak kerja kerajaan dari swasta. Jadi praktikal dekat kerajaan ini boleh menjadi satu tiket untuk korang terus diserap masuk.

Tapi aku rasa kena usaha lebih sikitlah. Sebab masa aku praktikal, depan mata aku boss tu tanya budak praktikal sorang lagi dari Sabah. 'Awak nak tak lepas habis praktikal, kerja dekat sini' tapi sayangnya budak tu tolak sebab dia nak cari kerja dekat negeri dia.

Masa aku praktikal, tempat aku praktikal tu terima 3 orang termasuk akulah untuk praktikal dekat situ. Tapi boss aku pilih dia sorang je. Jadi apa beza dia dengan aku dan sorang lagi budak praktikal?

Budak tu ada sesuatu yang tak ada dekat kami iaitu. Rajin, peramah dan berusaha. Dekat sini aku mengaku masa aku praktikal hari tu, aku praktikal sambil lewa betul.jadi tak terkejut pun aku tak terpilih..hehehehe..

Punch card aku selalu merah sebab lewat datang kerja tapi lewat pun dalam 2-10 minit. Aku tak ada usaha nak pergi cari kerja dan tunggu orang bagi kerja je dekat aku. Tapi aku ada tanyalah staff dekat situ ada kerja tak. Masalahnya tak de kerja, time hari-hari tertentu je aku sibuk sikit. 

Tempat aku praktikal dekat Peladang sebab aku ambil diploma peladangan dulu. Peladang ni dia ada tiga bahagian, kedai, office, dan ladang dia. 

Aku akan bagi budak yang dapat tawaran dari boss sebagai A dan sorang lagi B. Jadi A ni berdasarkan pemerhatian aku, sampai je dekat tempat kerja dia tolong sapu dan mop lantai office. Kedua,dia ni jenis tak boleh duduk diam. Kalau dekat office tak ada kerja dia akan pergilah dekat kedai,packing baja ke, susun barang ke, tolong customer ke, atau berborak dengan staff kat situ.

Hari tu, boss bagi kerja siapa berminat nak buat dapat upah. Kena isi tanah dalam polybag. Tak silap aku 15-25 sen satu beg. Jadi A ni memang nak cari duit lebih pun jadi dia setujulah. Aku dengan B ni pun ada buat tapi kitaorang tak tahan. Buat dalam 1-2 hari je kitaorang stop. Tapi ada orang lain lagi yang buat kerja tu selain kitaorang. Boss offer sebab mana tahu kitaorang nak cari duit lebih. A ni memang rajinlah, dia kata dia nak buat sampai seribu plastik beg. Masa aku buat juga kitaorang boleh siap dalam 50-80 plastik beg sehari. Tu pun dalam 5--6 jam aku rasa. Maklumlah kudrat perempuan tak sekuat lelaki. 

Dia nak lah bahagi profit dengan aku. Tapi aku kata tak payahlah sebab aku rasa sikit sangat duit kalau bahagi dua. Aku dengan B gilir-gilir. Lepas tu, bila aku dengan B ni tak tahan. A pergi sorang-sorang. 

Ada satu lagi projek. Boss suruh kitaorang cabut rumput liar dengan baja rumput yang orang sengaja tanam tu. Apa tah nama rumput tu? Aku pun tak ingat.

Dekat kawasan perumahan yang peladang buat investment tak silap. Yang ni A dengan B memang stay sampai siap. Ambil masa tiga hari rasanyer.  Aku stay sehari saja kat situ sebab masa tu ada dapat kerja kat office.

Lepas tu kitaorang pun dapatlah bayaran. Aku tak tahu Peladang akan bayar sebab kerjanya senang sangat. Walaupun area kawasan yang kitaorang kena bersih tu agak besar tapi rumput pun tak banyak tumbuh sebab aku rasa sebelum ni dah ada orang bersihkan kawasan tu kot. Yang ni, kali terakhir bersihkan sebab dah nak jual rumah tu aku rasa.

Bayaran yang aku terima kerja separuh hari RM 50-70 aku rasa. Sebab benda nikan dah lama. Jadi aku tak beberapa ingat dah.

Peladang ni ada lah dua tiga projek dia buat sepanjang aku praktikal dekat situ. Best jugalah, satu lagi boss tempat tu pemurah. Kadang-kadang dia bagi timun cina, jagung,  dan lain-lain yang datang dari ladang milik peladang kepada staff- staff kat situ. Kitaorang pun dapat juga.

Kira macam benefit tambahanlah. A ni selalu aktif dan jarang datang lewat. Boss pun nampak usaha dia. Tu yang dia offer kerja kat situ. Lepas aku habis praktikal boss tu adalah bagi duit saguhati RM 350 dekat aku selama tiga bulan aku praktikal kat situ. Terharu jugalah sebab bukan aku buat kerja berat pun. Banyak masa aku dihabiskan dengan termenung je.

Masa tu aku budak lagi dan aku introvert sikit. Tak beberapa bergaul dengan orang. Aku tak tahu pun yang korang boleh diserap sebagai pekerja masa praktikal. Aku ingat tempat praktikal untuk cari pengalaman je.

Agak naif dan bodoh fikiran aku masa tu. Kalau fikir balik menyesal pun ada. Tapi untuk praktikal yang akan datang aku memang akan pilih swasta. Sebab aku rasa praktikal dekat kerajaan belum tentu boleh jadi pekerja dekat situ. Kalau swasta walau tak diserap. Sekurang-kurangnya ada pengalaman kerja.

Jadi bila aku pergi interview, mungkin boleh jadi markah tambahan untuk aku dapat kerja. Kalau korang rasa, mana lagi ok? Praktikal dekat kerajaan atau swasta

Nasihat aku, korang angaplah pergi praktikal ni macam pergi kerja betul. Tunjuk kerajinan dan usaha korang. Insyaallah kalau rezeki korang, memang lepas habis praktikal dah ada kerja. Tak payah korang susah-susah cari kerja atau dapat pengalaman tanam anggur dekat rumah. Hahahaha.....

Satu lagi, tanya pendapat orang lain atau siasat la sikit tempat korang nak praktikal tu. Mana tahu tempat praktikal tu tak ok ke. Kalau korang ada rapat dengan senior atau lecture korang lagi senang, sebab advise dari diorang memang berguna.  Senior korang mesti dah pernah pergi praktikal dan mungkin dia akan share sikit pengalaman dia kat korang.

Sampai sini sajalah dari aku kali ni. Kalau korang rasa, mana lagi ok? Praktikal dekat kerajaan atau swasta?

Comments


  1. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN UNTUK IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA

PROSES MENGAMBIL LESEN MEMANDU KERETA P