BEGINNER COOK: RESEPI PUDING GULA HANGUS

Apa khabar semua..

Dah lama aku tak update blog aku ni..hari ni tiba-tiba aku rasa nak share resepi puding gula hangus. First of all, aku ni tak adalah pandai sangat bab masak-masak ni. Tapi alhamdulillah aku boleh jugalah masak sikit-sikit. Aku paling suka buat dessert daripada masak lauk-pauk. Resepi puding gula hangus ni aku tak cari online ke apa. Mak aku yang ajar and bagi aku resepi ni boleh tahan sedaplah. Aku tak pernah lagilah tukar resepi lain atau cari online untuk resepi puding gula hangus ni tapi aku rsa bahan dan cara buat dia lebih kurang sama je.Resepi ni sangat mudah, sebelum korang buat puding pastikan korang panaskan air dalam pengukus dulu.

Bahan-bahannya:

Puding

  • Telur-10 biji
  • Susu pekat-1 tin 
  • Air-1 tin
  • Tepung Kastard- 1 sudu besar
  • Esen vanilla-1 sudu kecil

Karamel

  • Gula-3 sudu besar(untuk salut permukaan loyang) 

Cara-cara nak buat:

Karamel

  1. Panaskan gula dalam kuali dan kacau hingga cair dan warna gula bertukar kekuningan
  2. Masukkan gula dalam loyang dan ratakan gula atas permukaan loyang.

Acuan puding

  1. Satukan telur, susu pekat dan air. Kacau sampai sebati  
  2. Masukkan sedikit air dalam gelas yang menggandungi tepung kastard. Kacaus sampai sebati dan masukkan ke dalam aduan 1. selepas tu masukkan esen vanilla dan kacau sampai sebati. Jangan lupa tapis acuan puding supaya tiada ketulan dalam acuan.
  3. Masukkan acuan puding ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
  4. Keluarkan dari pengukus dan sejukkan
  5.  Akhir sekali terbalikkan puding dalam pinggan dan boleh dihidangkan

Apa yang aku tulis dekat atas tu adalah bahan-bahan dan cara aku membuat puding gula hangus. Sebagai beginner dalam memasak ni. Walaupun puding gula hangus boleh dikatakan antara resepi dessert paling mudah aku pernah buat tapi ada kepayahan dalam kesenangan hahahahaha...

Ni aku nak share sikit pengalaman aku time buat puding gula hangus ni, first time aku buat aku campurkan semua bahan 1 baru kacau tapi aku syorkan supaya kau kepuk telur sampai sebati baru masukkan air dan susu pekat sebabnya kalau campur semua susah nak sebatikan. Paling senang korang boleh blender je semua, tapi aku ni old school sikit suka buat secara manual.

Lepastu, baru-baru ni taste aku berubah sikit. Biasa aku letak 1 tin susu pekat dan 1 tin air menggunakan tin susu pekat tu. Tapi aku rasa macam manis sangat so aku tambah lagi 1/2 air dalam tin susu pekat tu untuk kurangkan rasa manis. Jadi sape-sape tak boleh terima manis sangat bolehlah ejas sendiri sukatan air. Bagi aku 1 1/2 tin air ni dah perfect untuk taste aku.

Perkara paling susah time buat puding gula hangus ni masa nak ratakan karamel dalam loyang. Guna 3 sudu gula ni susah nak cover semua permukan loyang dengan karamel. Jadi aku pernahlah buat 6 sudu gula dan aku berjaya cover semua permukaan loyang dengan karamel. Tapi rasa dia lepas tu aku tak boleh nak terima sebab manis giler. 

Tapi family aku yang lain suka, aku jelah yang tak suka. Lepastu aku pernah cuba campurkan air dalam gula dan macam sebelum ni aku berjaya cover permukaan loyang. Tapi rasa dia macam tak sesedap karamel tanpa air sebabnya macam gula dia cair sangat padahal air tu aku letak dalam 1-2 sudu je. Sampai mak aku tanya kenapa gula dia macam tak pekat aku jawablah sebab nak tutup permukaan loyang dengan karamel aku tambah air.

Then aku dapat tahu dari mak aku yang karamel tu tak perlu pun tutup semua permukaan loyang tu sebab bila dah kukus dia akan automatik serap ke acuan puding. So takdelah time aku pusing puding tu aku nampak sini ada karamel situ tak ada karamel. Terkaku aku sekejap time tu😮 fikirkan usaha aku yang sia-sia selama ni cuba nak cover semua permukaan loyang dengan karamel. Tapi aku tak try lagilah yang ni sebab lepas tu  aku malas nak buat puding gula hangus aku buat dessert lain pulak.

Untuk telur pulak, 10 biji nampak macam banyakkan. Aku memang dari dulu guna telur 10 biji dan aku dah terbiasa guna telur banyak tu.  Tapi pernahlah sekali dua rumah aku tak cukup telur dan aku pun malas nak pergi beli. Jadi time tu aku  guna 7 biji telur je dan rasanya lebih kurang sama je jadi kalau korang nak kurangkan telur pun boleh je. Aku guna 7 biji telur rasa dia tak berubah sangat pun tapi kalau bawah dari 7 biji telur aku tak pastilah rasa dia berubah ke tak sebab aku tak pernah buat.

Satu lagi ada satu bahan ni aku tak letak dalam list bahan-bahan tu iaitu garam. Yes garam, macam pelikkan letak garam dalam acuan puding. Bagi aku yang beginner ni aku rasa peliklah letak garam tapi bagi orang lain mungkin ini perkara biasa. Ni mak aku punya kerja, masa aku buat acuan puding tiba-tiba mak aku tanya letak garam tak dalam acuan tu. Aku macam terkaku sekejap, aku tanyalah kenapa nak letak garam macam pelik je. Mak aku jawab supaya ada rasa lemak-lemak manis. Walaupun pelik tapi aku letaklah juga 1 sudu kecil garam dalam acuan. Rasa dia macam sama je mungkin aku letak sikit sangat kot garam atau lidah aku tak cukup expert untuk rasa lemak-lemak manis yang mak aku cakapkan tu😂. Lepas tu setiap kali aku buat puding kalau aku ingat aku letak kalau tak ingat aku tak letak pun😂.

Ni sajalah yang aku nak share hari ni..bye

Comments

Popular posts from this blog

PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN UNTUK IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA

PROSES MENGAMBIL LESEN MEMANDU KERETA P

PRAKTIKAL DEKAT SWASTA ATAU KERAJAAN? MANA LAGI OK?