CGPA AKU SIKIT LAGI NAK DAPAT FIRST CLASS DEGREE!!
Assalamualaikum semua..
Kali ni aku nak buat luahan hati sikitlah, benda ni dah lama tapi tiba-tiba rasa nak tulis. Aku masa first semester aku dapat 4 flat. Pertama kali dalam hidup aku dapat score tinggi macam tu. Then bila lecture aku tahu macam biasalah diorang congrat aku. Kawan-kawan aku congrat aku. Time tu happy tapi segan 😁.
Then the next semester score aku still atas 3.5 walaupun tak dapat 4 flat. Masa ni lecture aku beritahu yang pasal Pengecualian Bayaran Balik Ptptn. Aku tanyalah CGPA kena berapa lecture aku kata 3.5 ke atas. Jadi masa tu aku dah fikir tak perlu bayar PTPTN. Memang happylah time tu. Sampai aku semester 3 atau sem 4. Dua semester score aku down. Atas 3 tapi bawah 3.5, aku time ni ingt tak ada harapan dah. Sebab mindset aku time tu kena dapat 3.5 setiap sem.
Then aku tanya lecture aku balik dia jawab last CGPA kena atas 3.5. Aku pun fikir sempat aku kejar. Lepastu aku cuba yang terbaik dan Alhamdulillah score aku 1 sem sebelum praktikal dalam 3.63 macam tu. Aku dah tarik nafas lega dah. Sampai aku baca satu blog ni yang kata score untuk CGPA first class bergantung atas universiti atau kolej.
Lecture aku tu graduate from uitm, dan memang uitm 3.5 tu first class degree. Aku dah berdebar time ni. So next aku jumpa dia aku tanya dan dia jawab mungkin 3.6 tapi nanti dia confirm balik dengan HQ. Aku masa ni lega sikit. Sebab kalau 3.6 aku lepas je.
Beberapa hari kemudian dia confirm dengan aku 3.67 tak silap aku. Masa tu aku rasa nak nangis on the spot. Rasa menyesal tu tinggi gila. Sampai aku balik rumah susah nak tidur dan tak ada selera fikir pasal tak cukup 0.04 tu. Korang faham tak bila kau terlalu menharap sesuatu benda tu last-last x jadi. Rasa macam tak boleh terima kenyataan time tu. Tapi nak buat macam mana bukan salah orang lain, salah diri sendiri dan mungkin bukan rezeki aku🥲.
Bila lama-lama tu aku redhalah, benda dah tak dapat nak buat macam manakan, bayar jelah bulan-bulan macam biasa. Tapi kat sini aku tekankanlah, kalau korang ni daripada cawangan dan bukan main campus. Check betul-betul kesahihan informasi tu.
Nanti last minit dapat tau baru menyesal tak ingat dunia. Tu jelah luahan dari aku.
Bye...
Dapek 2.82 je
ReplyDeleteGreat post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
ReplyDeletedata backup
disaster recovery
cloud backup service malaysia