Posts

KATEGORI-KATEGORI YANG MENDAPAT DISKAUN DARIPADA PTPTN.

Apa Khabar semua...  Dah lama aku tak update blog aku, aku kalau perangai malas aku datang mulalah malas nak update-update ni. First of all, banyak benda aku nak tulis and cerita tapi biar aku tulis dulu benda yang aku dah google search pasal second class degree ni. Conclusionnya, memang second class degree ni tak dapat apa-apa benefit untuk pinjaman ptptn. Orang yang dapat benefit untuk Ptptn hanya dalam kategori ni je:  First Class Degree/Dekan Kelas Pertama  Diskaun Baki Hutang Untuk Bayaran Penuh  Diskaun Bayaran Separuh Daripada Baki Hutang  Diskaun Bayaran Balik Melalu Potongan Gaji Atau Debit Terus Mengikut Jadual.  Kalau anda tergolong dalam kategori-kategori ini. Tahniah anda layak mendapat pengurangan bayaran balik daripada PTPTN.  Untuk Degree sahaja , yang penting mestilah First Class/Dekan Kelas Pertama. Benefit, tidak perlu bayar langsung pinjaman PTPTN.   Untuk mereka yang bayar baki pinjaman PTPTN full akan dapat 15%. Contoh...

RETURN/REFUND ITEM TO LAZADA

 Hi semua.. Untuk hari ni just sharing, aku ada beli satu serum ni brand Ordinary online. Dekat tempat aku tak ada jual brand ni di mana-mana kedai atau farmasi setahu akulah. Jadi nak tak nak terpaksa juga aku order online. Aku ni jenis jarang nak beli barang online sebab takut terbeli barang fake. Tapi sebab muka aku sekarang ni tengah breakout dan serum tu pun sangat berguna untuk aku . Aku pula malas nak mintak tolong adik aku(biasa dia yang tolong beli online). Aku pun buat keputusan untuk beranikan diri dan beli sendiri dekat Lazada.   Kedai yang aku pilih tu lebih dari 4.0 orang kata barang ori, penghantaran laju, dan repeat order semua tu. Jadi aku pun percayalah kedai ni barang ok so aku order jelah dengan kedai ni walaupun ada certain komen kata barang fake mintak refund tapi banyak lagi yang bagi komen positive. Dlm 3-4 hari barang aku sampai. Aku excited giler masa barang tu sampai. Tapi aku pelik bila buka kotak tengok packaging botol macam lain. Aku masa tu ...

BEGINNER COOK: RESEPI PUDING GULA HANGUS

Apa khabar semua.. Dah lama aku tak update blog aku ni..hari ni tiba-tiba aku rasa nak share resepi puding gula hangus. First of all, aku ni tak adalah pandai sangat bab masak-masak ni. Tapi alhamdulillah aku boleh jugalah masak sikit-sikit. Aku paling suka buat dessert daripada masak lauk-pauk. Resepi puding gula hangus ni aku tak cari online ke apa. Mak aku yang ajar and bagi aku resepi ni boleh tahan sedaplah. Aku tak pernah lagilah tukar resepi lain atau cari online untuk resepi puding gula hangus ni tapi aku rsa bahan dan cara buat dia lebih kurang sama je.Resepi ni sangat mudah, sebelum korang buat puding pastikan korang panaskan air dalam pengukus dulu. Bahan-bahannya: Puding Telur-10 biji Susu pekat-1 tin  Air-1 tin Tepung Kastard- 1 sudu besar Esen vanilla-1 sudu kecil Karamel Gula-3 sudu besar(untuk salut permukaan loyang)  Cara-cara nak buat: Karamel Panaskan gula dalam kuali dan kacau hingga cair dan warna gula bertukar kekuningan Masukkan gula dalam loyang dan rat...

PRAKTIKAL DEKAT SWASTA ATAU KERAJAAN? MANA LAGI OK?

Assalamualaikum semua.... Dua hari lepas aku adalah berkongsi pendapat sikit dengan lecture dan kawan kolej aku yang lain. Topik perbualan kami mengenai tempat praktikal mana yang lagi ok? Swasta atau kerajaan. Kalau lecture aku kata pertama, peluang untuk diserap sebagai pekerja semasa praktikal dekat kerajaan agak tipis berbanding dengan swasta.Tapi itu atas rezeki dan usaha masing-masing. Kedua, pengalaman kerja yang korang dapat praktikal dekat agensi kerajaan lagi sikit daripada swasta. Tapi masih bergantung atas tempat, mungkin korang praktikal dekat bahagian kementerian sukan pengalaman banyak.  Ketiga, pasal gaji. Kalau praktikal dapat gaji atau elaun tak?  Jawapannya atas tempat, tapi banyak agensi swasta yang bagi elaun kepada budak praktikal bulan-bulan sebab diorang memang akan kerah tenaga budak praktikal ni untuk buat kerja. Tapi sekurangnya diorang bayarlah atas usaha korang. Tapi ada setengah tempat tak bagi langsung tapi korang still kena k...

MACAM MANA NAK POHON BANTUAN MAIDAM UNTUK PELAJAR IPT

Image
Hello semua....... Lama dah aku tak update blog aku..nak buat macam mana, bila awal sem ni. Sibuk la sikit, aku ingatkan nak update tiga post setiap minggu. Tapi tak kesampaiann... Kali ni aku nak cerita sikitlah pasal bantuan Maidam ni, kalau korang nak tahu bantuan Maidam ni diberi kepada orang yang melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS dan mestilah orang Terengganu atau dah lama bermaustatin di Terengganu. Bantuan ni diberi kepada pelajar diploma, ijazah dan lain-lain. Apa yang aku nak kongsikan tentang cara nak mohon untuk pelajar ijazah. Almaklumlah, aku masa diploma dulu tak tau pun Maidam ni ada!..Sedihkan. Bila aku masuk ijazah ni baru aku tau yang kerajaan Terengganu sebenarnya ada menyediakan banyak bantuan kepada orang Terengganu yang nak sambung belajar. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN MAIDAM; Pemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut seb...

MACAM MANA NAK TUKAR LESEN KERETA P KE LESEN BESAR

Hello semua........ Aku baru kelmarin pergi tukar lesen kereta P ke lesen besar. Aku tak tau orang lain panggil apa,tapi aku panggil lesen besar. Lepas ni, aku tak payah dah letak pelekat P tu kat kereta dan motor aku.  Hoorayyy... Aku bukan apa, tapi aku selalu bawa motor dari kereta. Sebab senang, aku dah tiga kali pelekat lesen p tu tampal kat motor. Dan tiga-tiga kalilah pelekat tu hilang. Time aku nak pergi kelas bawa motor aku selalu berdebar takut kena saman dengan polis. Nak komplain lebih tak boleh, sebab motor tu bukan aku punya (-_-) Jadi bila dah tukar kepada lesen besar ni, aku tak bimbang dah nak bawa kereta dan motor. Jadi, macam mana aku tukar lesen kereta P ni kepada Lesen Besar. Senang je caranyer. Benda yang perlu korang bawa semasa pergi JPJ : Lesen Memandu Kad Pengenalan. Duit Aku duduk dekat Kuala Terengganu jadi aku pergi tukar lesen dekat jabatan utama JPJ. Aku tak pasti dekat JPJ UTC atau pejabat pos boleh tidak tukar Lese...

BANTUAN KEWANGAN UNTUK PELAJAR DARI TERENGGANU MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPTA DAN IPTS

Hello semua..... Kali ni aku nak cerita sikitlah pasal bantuan kewangan yang pelajar daripada Terengganu dapat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS. Aku sekarang tengah ambil ijazah jadi aku pun ada menerima bantuan kewangan dari kerajaan Terengganu selain PTPTN. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin juga ada yang tidak tahu lagi. Jadi kat sini aku nak ceritakan 3 bantuan yang korang boleh dapat kalau korang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Tak banyak benda yang aku boleh kongsikan sebab masa aku ambil diploma dulu aku tak tau pun yang bantuan ni ada kecuali yang yayasan terengganu punya saja. Lepas aku sambung ijazah pada akhir tahun 2018 pihak kolej aku yang bagitau yang pelajar daripada Terengganu ada terima bantuan ni dan diorang yang tolong daftarkan untuk aku. Aku cuma hantar semua borang peribadi yang diperlukan untuk daftar dan tunggu duit masuk jelah hehehe..... 1. Yayasan Terengganu Untuk Yayasan Terengganu bantuan yang dia bagi untuk pelajar IPT yang...