BANTUAN KEWANGAN UNTUK PELAJAR DARI TERENGGANU MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPTA DAN IPTS
Hello semua.....
Kali ni aku nak cerita sikitlah pasal bantuan kewangan yang pelajar daripada Terengganu dapat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS. Aku sekarang tengah ambil ijazah jadi aku pun ada menerima bantuan kewangan dari kerajaan Terengganu selain PTPTN.
Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin juga ada yang tidak tahu lagi. Jadi kat sini aku nak ceritakan 3 bantuan yang korang boleh dapat kalau korang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT.
Tak banyak benda yang aku boleh kongsikan sebab masa aku ambil diploma dulu aku tak tau pun yang bantuan ni ada kecuali yang yayasan terengganu punya saja. Lepas aku sambung ijazah pada akhir tahun 2018 pihak kolej aku yang bagitau yang pelajar daripada Terengganu ada terima bantuan ni dan diorang yang tolong daftarkan untuk aku.
Aku cuma hantar semua borang peribadi yang diperlukan untuk daftar dan tunggu duit masuk jelah hehehe.....
1. Yayasan Terengganu

- Untuk Yayasan Terengganu bantuan yang dia bagi untuk pelajar IPT yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Dipoma dan Ijazah. Peringkat Diploma boleh menerima bantuan kewangan dalam RM500-800. Sebab aku pun tak beberapa ingat amount betul dia. Ijazah pulak RM1000 diorang bagi. Tetapi korang kenalah memenuhi syarat-syarat kelayakan diorang kalau nak pohon untuk bantuan ni. Yang pasti kenalah rakyat Terengganu atau pemastautin tetap melebihi 10 tahun. Ni antara syarat yang korang kena penuhi untuk melayakkan korang menerima bantuan ni.
- Maidam pun syarat kelayakan lebih kurang sama dengan yayasan Terengganu. Tapi aku tak beberapa pasti kalau diploma ada tidak bantuan ni dan jumlah yang akan diterima. Kalau untuk Ijazah aku dapat dalam RM1000 pada awal pengajian. Selepas itu, boleh apply untuk bantuan lanjutan setahun sekali. Tapi yang ni GPA korang wajib 3.00 ke atas baru boleh apply. Sebab GPA aku setiap sem atas 3 jadi aku apply untuk bantuan ni dan terima RM1000 daripada Maidam.setahun sekali.
- Untuk bank rakyat aku tahu ada bantuan ni pun dari kawan aku. Tapi sebab aku tak apply untuk bantuan ni jadi aku pun tak beberapa pasti proses dia macam mana, bukan aku tak nak apply tapi kawan aku pergi tanya syarat untuk apply bantuan ni dan kitaorang tak lepas. Sebab diorang kata nak apply kitaorang tak boleh ada apa-apa pinjaman. Aku dan kawan aku tahu pasal bantuan ni lambat jadi bila kitaorang pergi apply Pinjaman PTPTN dah lulus. Itu sebab kitaorang tak boleh apply.
- Jadi siapa nak apply untuk bantuan ni awal-awal korang kena pergi bank rakyat tanya proses untuk apply bantuan awal pengajian untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPT. Tapi tak bermakna korang tak boleh buat pinjaman PTPTN. Apply PTPTN pun lambat nak luluskan, jadi aku rasa boleh je korang nak apply untuk bantuan ni. Jumlah kewangan untuk ijazah RM1000 kalau Diploma tak pasti. Korang kena pergi bank rakyat tanya staff diorang atau cuba cari dalam internet.
Akhir kata dari aku, info ni tak lengkap sebab tujuan aku buat post ni sebab nak bagitau yang kerajaan Terengganu ada sediakan bantuan kewangan ni. Jadi rugilahkan kalau korang tak apply, bantuan ni sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga korang. Korang pun tak perlu bayar balik bantuan ni macam PTPTN. Kalau aku kira semua bantuan ni boleh dapat dalam RM6000 untuk Ijazah sepanjang korang belajar.
Yayasan = RM1000
Maidam = RM1000 +(RM1000 x 3 tahun belajar & GPA 3.00 ke atas)=RM4000
Bank Rakyat= RM1000
Ni jelah bantuan yang aku tahu. Mungkin ada lagi bantuan lain tapi yang tu korang kena carilah sebab aku tahu 3 ni je.Satu lagi sebab berlaku pertukaran kerajaan baru mungkin akan berlaku perubahan juga untuk bantuan ni
Byee......
Izin promo ya Admin^^
ReplyDeleteBosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
- Telkomsel
- XL axiata
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)