MACAM MANA NAK POHON BANTUAN MAIDAM UNTUK PELAJAR IPT

Hello semua.......

Lama dah aku tak update blog aku..nak buat macam mana, bila awal sem ni. Sibuk la sikit, aku ingatkan nak update tiga post setiap minggu. Tapi tak kesampaiann...

Kali ni aku nak cerita sikitlah pasal bantuan Maidam ni, kalau korang nak tahu bantuan Maidam ni diberi kepada orang yang melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS dan mestilah orang Terengganu atau dah lama bermaustatin di Terengganu.

Bantuan ni diberi kepada pelajar diploma, ijazah dan lain-lain. Apa yang aku nak kongsikan tentang cara nak mohon untuk pelajar ijazah. Almaklumlah, aku masa diploma dulu tak tau pun Maidam ni ada!..Sedihkan.

Bila aku masuk ijazah ni baru aku tau yang kerajaan Terengganu sebenarnya ada menyediakan banyak bantuan kepada orang Terengganu yang nak sambung belajar.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN MAIDAM;


  1. Pemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  2. Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
  3. Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu tetapi lama menetap/bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Amil Zakat/Ketua Kampung
  4. Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan disalurkan melalui sinf fisabilillah.
  5. Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil/Pra Diploma/Asasi, Diploma, Ijazah Pertama (B.A), Master dan PHD.
  6. Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi atau institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidakdiiktiraf oleh JPA
  7. Pemohon tidak mempunyai sebarang pendapatan sendiri atau tetap sama bergaji penuh atau sebahagian.
  8. Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian.
  9. Keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa, walaubagaimanapun pengajian separuh masa boleh dipertimbangkan
  10. Permohonan boleh dibuat tidak lebih 3 bulan dari tarikh pendaftaran dan dokumen hendaklah diserahkan dalam tempoh tersebut sahaja ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.
  11. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidakmenunaikan zakat kepada MAIDAM.
yang dekat atas adalah syarat-syarat kelayakkan untuk memohon bantuan Maidam. Kalau korang rasa korang memenuhi syarat-syarat tersebut. Jangan lupa mohon bantuan ni. sebab untuk ijazah banyak dia bagi RM1000. Jadi kalau korang tak mohon memang rugilah.

Aku dulu ingat bantuan Maidam ni boleh mintak sekali je untuk masa awal pengajian. Tapi Maidam ni kita boleh mohon untuk lanjutan pula. Setahun sekali tapi GPA korang kena atas 3.00.

Cara nak pohon korang kena pergi dekat laman web diorang dulu
 http://www.espmb.com/maidam_zakat/



Gambar atas ni adalah muka depan website Maidam

Lepas tu korang kena pergi dekat bahagian pendidikan dan tekan 'PERMOHONAN BANTUAN AWAL PENGAJIAN IPTAS/IPTS' kalau korang baru masuk dan pertama kali mohon. Korang kena isi semua maklumat berkaitan yang diperlukan. Lepas siap isi download dan print borang tersebut.

Kalau korang nak mintak lagi sekali untuk lanjutan pengajian korang tekan dekat 'PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT IPTA/IPTS DALAM DAN LUAR NEGARA'. Borang ni korang cuma perlu update dan tambah sikit-sikit je maklumat yang korang dah isi sebelum ni. 

Kali ketiga dan seterusnya sampai korang habis belajar korang nak mintak bantuan Maidam tekan 'LANJUTAN PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT IPTA/IPTS DALAM DAN LUAR NEGARA'. yang ni pun korang perlu update je maklumat yang berkaitan.

Masa nak hantar borang Maidam ni korang kena sertakan sekali dengan dokumen-dokumen yang diperlukan

  • Surat Tawaran Belajar
  • Salinan kad pengenalan pemohon,ibubapa/penjaga,adik beradik dalam tanggungan,pasangan
  • Surat pengesahan Tahun semasa tentang status pengajian/pembiayaan oleh :
  • - Bahagian Hal Ehwal Pelajar HEP (Dalam Negara)
  • - Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan (Luar Negara)
  • - Pegawai Hal Ehwal Pelajar Terengganu
  • - Mesir (Mesir Sahaja)
  • Surat akuan daripada HEP yang mengesahkan tiada penajaan/pinjaman/elaun bagi pengajian peringkat Sijil/Asasi/Matrikulasi/MA/PHD
  • Salinan akaun bank pemohon yang jelas dan aktif sahaja (selain TH dan ASB)
  • Sijil akademik yang berkaitan (SPM/Sijil Berhenti Sekolah)
  • Salinan peperiksaan semester satu bagi tahun/sesi semasa (Dalam Negara)/ keseluruhan (Luar Negara) Wajib pengesahan akademik
  • Salinan slip gaji/akuan pendapatan terkini ibubapa/penjaga/sendiri/pasangan
  • Surat pengesahan bermastautin terkini bagi kelahiran/beralamat luar Terengganu
  • Salinan resit-resit terkini bukti pembayaran zakat ibubapa kepada MAIDAM
  • Surat penolakan dari agensi pembiaya atau pinjaman
  • Salinan Sijil Mati/cerai (Jika Berkaitan)
Kalau tengok dekat atas tu macam bercelaru sikitkan. Jadi nak permudahkan korang aku akan tulis kat bawah ni dokumen apa yang aku kepilkan sekali masa hantar borang MAIDAM.

  1. Surat Tawaran Belajar (Kalau tak ada mintak dengan pihak universiti/kolej)
  2. Salinan kad pengenalan pemohon,ibubapa/penjaga,adik beradik yang masih belajar.
  3. Surat pengesahan Tahun semasa tentang status pengajian/pembiayaan (Mintak dengan pihak universiti/kolej) 
  4. Surat akuan daripada HEP yang mengesahkan tiada penajaan/pinjaman/elaun bagi pengajian peringkat Sijil/Asasi/Matrikulasi/MA/PHD(Mintak dengan pihak universiti/kolej)
  5. Salinan akaun bank pemohon yang jelas dan aktif sahaja(Aku guna akaun bank CIMB)
  6. Sijil akademik yang berkaitan (SPM/Sijil Berhenti Sekolah)
  7. Salinan peperiksaan semester satu bagi tahun/sesi semasa (Dalam Negara)/ keseluruhan (Luar Negara) Wajib pengesahan akademik.(Mintak dengan pihak universiti/kolej)
  8. Salinan slip gaji/akuan pendapatan terkini ibubapa/penjaga/sendiri/pasangan.
Dokumen dekat atas saja yang aku hantar sekali dengan borang MAIDAM. Setiap dokumen tersebut jangan lupa cop pengesahan :
 AMIL ZAKAT / MPKK / PENGERUSI MASJID / PENGHULU / YB. (Kawasan Berkenaan Sahaja)

Kalau untuk kali pertama mohon bantuan MAIDAM, masa aku hantar borang tersebut dokumen 3,4, dan 7 tak ada rasanya. Tapi korang boleh tanya pihak MAIDAM semula. Borang tersebut jangan lupa hantar daerah masing-masing.

Aku rasa tu saja yang aku nak kongsikan. Apa yang aku tulis ni sebagai panduan sahaja, harap sedikit sebnyak dapat membantu. 


  



Comments

  1. Assalamualaikum...
    Terima Kasih atas perkongsian saudari..
    Boleh ke tanya, saya menerima pinjaman PTPTN adakah saya boleh mendapatkan "Surat akuan daripada HEP yang mengesahkan tiada penajaan/pinjaman/elaun"? tidak silap saya sebelum ini tiada syarat ini bila mohon lanjutan Maidam..

    Terima Kasih atas perjelasan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...saya pun penerima pinjaman PTPTN jadi tiada masalah untuk mndapatkan surat akuan dari HEP tu. Memang sebelum ni kalau tak silap saya tak perlu hantar surat akuan tu, saya pun terkejut sebab surat akuan tu coordinator saya yang bagi masa saya mintak cop pengesahan untuk result semester saya. Dia yang bagi sekali, tapi awak boleh tanya pihak HEP awak msa awak mintak cop pengesahan atau tandatangan untuk result semester awak. Kalau HEP tak bagi surat akuan tu, awak try tanya pihak maidam sebab saya tak pasti surat akuan tu wajib ke tak. Sebelum ni kan tak ada, saya sertakan sekali sebab memang coordinator saya yang bagi surat akuan tu. Lepas dia tahu saya nak apply untuk maidam.

      Delete
  2. salam. boleh ke hantar borang permohonan lambat 2 minggu dari tarikh cetakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..yang ni saya tak beberapa pasti...tp setahu saya boleh je..sebab kawan saya ada yang lewat hantar..dia isi borang awal..sedangkan ada document lain yang tak lengkap..jadi dia ambil masa untuk hantar..tp dia lewat dlm sehari dua je dan pihak maidam masih terima.

      Delete
  3. Salam... Nak tnye, skarang ni kan musim covid 19, kita semua kene kuarantin slama 14 hari..pastu mcm ni mse tu sehari sebelum kena cuti 14 hari, sy ad call pihak maidam terengganu yg pasal terima tak lagi document semua ni.. Maidam ckap terima je smpai akhir bulan 3 ni.. Tpi buat mse skarang sy nk hntr borang maidam tu keesokan harinya..so tak sempat nk hntr kat pejabat maidam.. Pastu mcm mne ye kita nak buat? Nak post takut x terima, nak hntr pejabat maidam ttup.. Agak2 masih tak lagi terima document kita semua ni ye.. Sy cuma nak thu je.. Kalau tak sy nak call pihak maidam 1 april nanti.. Sbb sy dah print semua document kecuali surat pengesahan kolej je xde lagi, sbb mse tu kolej sy just hntr melalui email.. Skarang nak print surat tu x boleh sbb semua kedai ttup..sy dah call dah semua kedai,mintak pendapat ye mcm mne skarang, sy dah buntu ni takut x terima😭

    ReplyDelete
  4. permohonan atas talian boleh dibuka dan penyerahan dokumen boleh dilakukan selepas 31 mac,ini bermaksud pihak maidam akan terima penyerahan dokumen pada bila bila masa selepas 31 mac.sila rujuk fb maidam untuk kesahihan.semoga membantu.

    ReplyDelete
  5. Salam. Maaf nk tanya. Lanjutan permohonan zakat maidam tu boleh dimohon setiap sem atau setiap tahun sebenarnya? Saya keliru sebab banyak perbezaan pendapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam, lanjutan maidam ni hanya boleh dimohon setahun sekali sahaja..dan pembukaan untuk mohon maidam akan dibuka dua kali setahun, maksudnya kalau awl bulan x sempat mintak boleh tnggu akhir bulan dalam bulan ogos kot dia buka sekali lagi.

      Delete
  6. salam..kalau time diploma dah mohon maidam..pastu nk sambung degree nie nk mohon maidam sekali lg.. kene tekan yang mne??

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Waalaikummussalam..kalau x silap kn tekan pemohonan bantuan awal pengajian IPTA/IPTS..sbb first apply utk br masuk degree kan..tapi kalau untuk lebih kepastian boleh tnya pihak maidam

      Delete
  7. hai... sblom ni sye tk penh mtk pn... skrng sye dh last semester (sem depan 1 sem lagi tp praktikal) rase nk mohon.. boleh ke.. jadi sye kene isi yg lanjutan tu je la kn? surat akuan tu akuan penerima pinjaman ptptn la kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..saya rasa boleh je kalau nak apply maidam cuma untuk kes awak ni sy tak beberapa pasti..jadi saya rasa awak boleh tanya pihak maidam..kalau nak senang boleh call je

      Delete
  8. hai. sebelum ini saya tak pernah minta pun bantuan maidam ini.sekarang saya semester 5 so boleh ke nak mohon?.. jadi saya kene isi yang lanjutan tu je la kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..untuk kes awak ni saya x beberapa pasti...tapi setahu saya yang borang lanjutan tu awak boleh isi lepas awak dah pernah buat permohonan dalam borang bantuan zakat ipta/ipts dalam dan luar negara..untuk lebih kepastian saya sarankan awak call pihak maidam

      Delete
  9. ᐈ Top Casino Site in Ireland ᐈ Top Mobile Casinos
    A detailed review of Top Casino Site in Ireland ᐈ Top Mobile Casinos, Bonuses, Games, Slots, and luckyclub Promotions. Find out more about the games, bonuses and

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN UNTUK IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA

PROSES MENGAMBIL LESEN MEMANDU KERETA P

PRAKTIKAL DEKAT SWASTA ATAU KERAJAAN? MANA LAGI OK?