MACAM MANA NAK TUKAR LESEN KERETA P KE LESEN BESAR

Hello semua........

Aku baru kelmarin pergi tukar lesen kereta P ke lesen besar. Aku tak tau orang lain panggil apa,tapi aku panggil lesen besar. Lepas ni, aku tak payah dah letak pelekat P tu kat kereta dan motor aku. 

Hoorayyy...

Aku bukan apa, tapi aku selalu bawa motor dari kereta. Sebab senang, aku dah tiga kali pelekat lesen p tu tampal kat motor. Dan tiga-tiga kalilah pelekat tu hilang. Time aku nak pergi kelas bawa motor aku selalu berdebar takut kena saman dengan polis.

Nak komplain lebih tak boleh, sebab motor tu bukan aku punya (-_-)

Jadi bila dah tukar kepada lesen besar ni, aku tak bimbang dah nak bawa kereta dan motor.

Jadi, macam mana aku tukar lesen kereta P ni kepada Lesen Besar. Senang je caranyer.

Benda yang perlu korang bawa semasa pergi JPJ :
  1. Lesen Memandu
  2. Kad Pengenalan.
  3. Duit
Aku duduk dekat Kuala Terengganu jadi aku pergi tukar lesen dekat jabatan utama JPJ. Aku tak pasti dekat JPJ UTC atau pejabat pos boleh tidak tukar Lesen P kepada Lesen Besar. Jadi nak selamat, aku pergi dekat jabatan utama JPJ terus.

Tempat tukar lesen ni sama je macam korang pergi buat lesen P. Kalau JPJ Kuala Terengganu  dekat tingkat 1, masa aku sampai sana tu aku pergilah kaunter pertanyaan diorang nak tanya, borang apa aku perlu isi kan.

Tapi akak tu cakap tak perlu isi borang atau ambil nombor. Beratur je dekat kaunter 11 atau 14(Dua kaunter ni je buka masa tu). Tunjuk dekat petugas kaunter tu lesen memandu dan kad pengenalan.

Jadi bila sampai giliran aku, aku bagilah dua kad tu dan cakap nak tukar lesen besar.Satu lagi, jangan lupa bawa duit, sebab aku kena bayar RM45 untuk tukar lesen tu. Selepas aku bayar dia suruh aku bagi kad ni dekat kaunter yang bahagian ambil gambar tu.

Aku lupa apa nama kaunter tu. Aku letak jelah dalam bakul yang dah ada kat atas kaunter tu dan tunggu dia panggil nama aku.

Lepas tu, petugas tu panggil nama aku dan aku pun pergi ambil lesen baru aku. Panas lagi lesen baru aku sebab baru keluar dari mesin dia. 

Satu benda yang aku perasan pasal lesen P dan lesen baru aku ni. Logo P dah tak ada, kalau korang perasan. Lesen P korang bahagian hadapan, atas belah kanan hujung sekali ada tanda atau logo P. Yang Lesen Besar ni, logo P tu tak ada dah. Tu jelah beza dia aku rasa.

Sekarang ni cuti sem aku dah habis, jadi aku tak bolehlah nak update blog aku selalu. Tapi aku akan cuba untuk post tiga kali seminggu. Sebarang pertanyaan korang boleh tulis dekat comment. Kalau aku baca aku akan balas (^_^)..

Aku rasa itu sajalah aku nak kongsi hari ni..

Byee...

Comments

Popular posts from this blog

PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN UNTUK IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA

PROSES MENGAMBIL LESEN MEMANDU KERETA P

PRAKTIKAL DEKAT SWASTA ATAU KERAJAAN? MANA LAGI OK?