PROSES MENGAMBIL LESEN MEMANDU KERETA L

Assalamualaikum semua.....

Kali ni aku akan kongsikan pengalaman aku masa nak ambik lesen kereta. Aku akan tulis dua bahagian proses nak dapatkan lesen kereta L then Lesen kereta P.

Jadi, first aku akan cerita kat korang pengalaman aku macam mana nak dapat lesen kereta L dulu. So, ikutkan sebenarnya aku menyesal sikit time ambil lesen kereta dulu. Sebab aku salah ambil time belajar dulu,

Aku ambik lesen kereta sebab ingat kalau dapat praktikal jauh boleh naik kereta pergi tempat kerja. Sekali tu dapat dalam negeri sendiri je dekat dengan rumah pulak tu.hahaha...

Mula mula nak ambik lesen kereta ni kena....

1.Pertama mestilah kena berdaftar dulu dekat tempat dia.(Bitara,Ganda, dan lain-lain tempat)

2. Kalau kereta kita kena ada cikgu untuk mengajar kita. Seelok-eloknyer mintak tolong family, mana tahu diorang ada kenal mana-mana cikgu memandu sebab kalau korang tak ada cikgu mintak tempat belajar kereta korang carikan cikgu.

Aku dengar adik aku cerita kawan dia tak ada cikgu so bila tempat belajar kereta tu carikan dia punya cikgu. Dia tak dapat cikgu tetap, cikgu lain-lain datang ajar dia. Kira kena selalu tukar cikgu la, bagi aku kalau macam ni leceh sikit la.

3. korang time daftar mesti kena bayar duit pendahuluan dia dulu. Time aku ari tu tak ada promosi so duit buat lesen kereta semua dalam seribu lebih juga. Bapak mahal, jadi baik kalau tak nak buat lagi pun survey bila ada time promosi. Hari tu dengar nak buat lesen kereta ada promosi sampai RM 700 kan dah jimat kat situ.

4. Selepas tu korang kena pergi kelas dia pulak. Dengar dia bagi ceramah pasal kereta, peraturan dia dan lain-lain lagi. Tak silap aku ceramah dia dalam 6 jam rasanyer?

5. Dah abis dengar ceramah kena pergi pejabat dia untuk daftar ujian komputer dia, atau time dalam kelas tu dia ada suruh isi borang untuk tempat,tarikh ujian bertulis tu. Atas tempat belajar masing-
masing la..

6. Masa tu aku rasa kena buat bayaran juga, lepas tu tunggulah tarikh dia. Then korang pergi tempat dia buat ujian komputer tu.

7. Selepas jawab korang boleh tahu terus lulus ke tidak. Kalau lulus jumpa balik dengan pekerja tempat tu tak lulus pun kena jumpa juga. Sebab dia akan bagi kertas menunjukkan yang korang dah
lulus atau tak.

Untuk yang lulus, selepas tu korang akan ada sesi bergambar sebab dia nak letak gambar tu kat lesen kereta L korang. Jadi jangan lupa bergaya sikit ari tu. Letak bedak ke or something. Tak nak nampak
lesu sangat dalam gambar.

8.Dah siap semua, kalau korang datang dengan cikgu boleh serahkan kertas tu dekat cikgu, kalau tak kena pergi sendiri serahkan dekat tempat belajar korang.

9.Dah serah, tunggu jelah. Seminggu dua, kalau ada cikgu senang dia akan cakap bila      lesen tu siap kalau tak call sendiri tempat tu tanya siap ke tidak.

10. Selepas dah siap korang boleh ambik lesen kereta L korang, dan boleh prepare nak buat lesen P pulak.

Untuk ujian komputer, time ceramah dia. Pengajar tu akan terangkan proses ujian komputer tu. Jadi aku tak cerita la banyak-banyak kat sini. Cuma, masa daftar tu dia akan bagi buku, pen, beg dan buku nota kecil kat kita. Tempat aku macam tu rasa tempat lain pun sama je.

Masa tu buku kereta tu memang tebal dan cover depan dia macam warna jingga. Aku ni cepat lupa tak larat nak baca buku setebal tu so aku beli buku soalan ujian komputer. Kecil je buku tu harga dalam RM10 tak silap.

Kalau korang nak selamat baik beli buku soalan sebab lagi senang nanti nak jawab. Atau tengok online, tak silap sekarang dah ada soalan ujian komputer secara online.Siap boleh download tengok dalam phone dekat Google Play. Pandai-pandai korang cari.

Untuk soalan dia first kena jawab soalan buta warna. Kalau korang bukan buta warna, 100% boleh lulus. Selepas, tu macam biasa. Dia bagi soalan korang kena pilih mana satu jawapan dia.


Gambar atas contoh soalan ujian buta warna. Senang giler.


Contoh soalan dalam komputer tu lebih kurang macam gambar atas la.



Selepas jawab semua soalan korang boleh tahu keputusan on the spot macam gambar kat atas. Markah lulus dia 42/50. Bawah 42 tu kira gagal la. Masa jawab soalan tak silap aku 45 minit.

Untuk bayaran lesen kereta, korang boleh bayar ansur-ansur. Tapi tak silap kena langsaikan semua sebelum ambil test kereta JPJ. Lesen L tu boleh hidup selama 2 tahun. Lepas 2 tahun kalau tak dapat lesen kereta P lagi.

Jawabnyer burn la semua duit korang, kena ulang semula dari A sampai Z. Aku nyaris-nyaris nak tamat lesen kereta L. Mujur akhirnyer lulus ujian JPJ tu.

Korang boleh sambung lesen L korang dekat pejabat post. RM30 untuk 3 bulan dan RM60 untuk enam bulan.

Ok sampai sini saja, nanti aku cerita untuk buat lesen P pulak.
P/S: Sebab benda ni dah lama aku pun dah tak berapa ingat sangat. Tapi harap benda ni boleh membantu sedikit sebanyak.

Comments

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^cc
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.biz...^_~3:23 PM 15-Sep-20
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN UNTUK IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA

PROSES MENGAMBIL LESEN MEMANDU KERETA P

PRAKTIKAL DEKAT SWASTA ATAU KERAJAAN? MANA LAGI OK?