Pengalaman Interview Sebagai Kerani Jualan

Assalamualaikum semua....
Mesti korang pelik kenapa aku tulis bahasa melayu pulak kali. Aku tulis bahasa English sebab nak mengasas skill Bahasa English aku supaya tak karat.. Almaklumlah aku ni seorang pelupa, takut dah tak tahu nak tulis bahasa English pulak.. Buat rugi je aku belajar bahasa English dari kecil sampai abis kolej...hahaha...

So untuk post kali ni dan post akan datang aku akan guna bahasa melayu sebab aku dah jumpa cara nk mengasah bahasa english aku kat lain...Lagipun dah nama anak melayu memang best guna bahasa
Melayu la...Hidup Malaysia (^_^)

Post kali ni still pasal interview juga tapi jawatan lain. Tugas pun ada kelainan juga dari kerani am. So yang ni aku pergi interview dengan Amoi cantik kedai motosikal, mujur aku ni perempuan tak tergoda dengan kecantikan amoi tu.

Yang interview kali ni 98% nak boleh dah tapi sebab satu kesalahan melepas....terbang melayang
dibawa angin (-_-")..huhuhu..sedih pulak rasanyer.

Mesti korang fikir aku ni asyik gi interview tapi tak boleh-boleh. Aku pun fikir macam tu, masa tu stress giler mujur tak botak je so ak pun luahkanlah perasan aku dengan kawan sekolah aku. Dialog dia macam ni:

Aku: Wei, kau tak rasa ke aku ni bengap sangat gi interview banyak kali pun tak dapat-dapat.
Dia: Berapa kali kau gi Interview?
Aku: Dah empat kali dah satu haram pun tak dapat.
Dia: (-_-) Aku dah berpuluh-puluh kali gi interview, ni baru dapat. So aku ni apa super bengap la..
Aku: *Terkejut*
Dia merajuk pulak, aku ingat nak suruh dia pujuk aku tapi aku pilak kena pujuk dia..
Aku:Mana ada, soryy wei aku tak masuk macam tu...cuma aku frust sebab dah tiga bulan tanam anggur..
Dia: Takpe...biasalah tu. Orang lain banyak lagi yang tak dapat kerja.. biasalah tu.

So moral of the story jangan mudah rasa kecewa dan mudah putus asa, mungkin ramai lagi yang tak bernasib baik dari engkau.

Jadi kita balik pada interview, rutin dia sama je so aku tak citer la kat sini, nak tahu pergi baca post sebelumnya. Pemalas betul aku ni Muahaha.....

Jadi dah sampai masa aku interview., amoi tu pun tanya aku..

IV: Perkenalkan diri
Aku: Yang ni aku tak bagi salam aku just straight to the point
IV: Banyak pengalam kerja awak
Aku: ye (Tak pasti Amoi ni sindir aku ke apa, aku pernah keje tiga kali je pun)
IV: Boleh kerja lebih masa dari kul 10 pg-6.30 ptng dan kul 11 atau 12 ptng (YAng ni aku tak ingat sngat)- 10 malam.
Aku: Boleh (Dalam hati aku, mak ayah aku bagi ke aku keje malam..Ahhrggh biarlah kelentong je)
IV: Boleh pergi roadshow.
Aku: Yang tu saya kena tanya mak ayah saya dulu(terkejut punya pasal tersasul benda first dalam fikiran aku..kahkahkahkah... Malu siot ingat balik)
IV:Apa? (Interview tu pun terkejut)
Aku: Maksud saya roadshow tu kat mana kalau luar negeri saya kena tanya parents saya dulu.
IV:oooo...tak ada dekat sini-sini je, dekat mall.
Nak je aku cari topeng tutup muka aku..malu bebenor rasanyer, yang Amoi ni pun tak cakap jelas-jelas, ke dia ada cakap aku tak dengar. Yang ni aku tak pastilah
Aku: oh..boleh
IV: Ada lesen dan kenderaan sendiri
Aku:ada dua-dua ada, saya lesen kete (Kete mak ak punya ingat nak naik motor je gi situ tapi aku pun time tu baru nak buat lesen)
IV: Ok kita akan bagi training selama 3 bulan, gaji dia rm900 sebulan lepas tu macam biasa gaji rm1200 ok tak?.
AKU: Boleh saya okay je. (Dah nak naik kereng muka aku asyik senyum je)
Setakat ni semua lancar, so kita dah sampai part kenapa tak lancar...
IV: Bila boleh masuk keje?
AKu: Minggu depan
IV: Kenapa minggu depan, ada hal keluarga ke?
Aku: Bukan saya tengah buat lesen motor
IV: Bila buat.

Aku pun explain dan kesalahan aku sebab cuba nak menipu dia. FIrst ak kata ada kete then aku kata parents hantar dalam dua minggu ni. Lepas lesen siap baru ak boleh datang dengan motor..Second
terjawab dengan jujur pulak.. Ak tak de bakat langsung nak menipu (-_-).

IV: Klau macam tu tinggalkan resume awak kalau dapat saya call...

Then apa korang rasa aku dapat call tak..Jawapannya ialah..krik-krik. Senyap macam tu je.
Jadi moral of the story kali ni. Kalau nak menipu, tipula dia betul-betul..hahaha jahat betul aku mengajar benda yang tak sepatutnya kat korang.

Klau dah tak pandai menipu macam aku baik korang jangan menipu dari awal-awal. Nanti pecah tembelang. (-_-")
Atau just keep it simple kau iyakan je.....

Itu je luahan hati kita untuk kali ni. Jadi see you when i see you

Comments

  1. Tak perlukan resume ke kalau pegi iv dkt kedai barang ii motor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pergi iv mana-mana perlukan resume. Kalau tak nak cari online boleh try pergi ke kedai tu terus tanya ada kerja kosong ke tak. Jangan lupa photostat resume banyak-banyak sebab korang kena tinggal resume dekat situ

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN UNTUK IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA

PROSES MENGAMBIL LESEN MEMANDU KERETA P

PRAKTIKAL DEKAT SWASTA ATAU KERAJAAN? MANA LAGI OK?