Posts

Showing posts from 2020

PRAKTIKAL DEKAT SWASTA ATAU KERAJAAN? MANA LAGI OK?

Assalamualaikum semua.... Dua hari lepas aku adalah berkongsi pendapat sikit dengan lecture dan kawan kolej aku yang lain. Topik perbualan kami mengenai tempat praktikal mana yang lagi ok? Swasta atau kerajaan. Kalau lecture aku kata pertama, peluang untuk diserap sebagai pekerja semasa praktikal dekat kerajaan agak tipis berbanding dengan swasta.Tapi itu atas rezeki dan usaha masing-masing. Kedua, pengalaman kerja yang korang dapat praktikal dekat agensi kerajaan lagi sikit daripada swasta. Tapi masih bergantung atas tempat, mungkin korang praktikal dekat bahagian kementerian sukan pengalaman banyak.  Ketiga, pasal gaji. Kalau praktikal dapat gaji atau elaun tak?  Jawapannya atas tempat, tapi banyak agensi swasta yang bagi elaun kepada budak praktikal bulan-bulan sebab diorang memang akan kerah tenaga budak praktikal ni untuk buat kerja. Tapi sekurangnya diorang bayarlah atas usaha korang. Tapi ada setengah tempat tak bagi langsung tapi korang still kena k...

MACAM MANA NAK POHON BANTUAN MAIDAM UNTUK PELAJAR IPT

Image
Hello semua....... Lama dah aku tak update blog aku..nak buat macam mana, bila awal sem ni. Sibuk la sikit, aku ingatkan nak update tiga post setiap minggu. Tapi tak kesampaiann... Kali ni aku nak cerita sikitlah pasal bantuan Maidam ni, kalau korang nak tahu bantuan Maidam ni diberi kepada orang yang melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS dan mestilah orang Terengganu atau dah lama bermaustatin di Terengganu. Bantuan ni diberi kepada pelajar diploma, ijazah dan lain-lain. Apa yang aku nak kongsikan tentang cara nak mohon untuk pelajar ijazah. Almaklumlah, aku masa diploma dulu tak tau pun Maidam ni ada!..Sedihkan. Bila aku masuk ijazah ni baru aku tau yang kerajaan Terengganu sebenarnya ada menyediakan banyak bantuan kepada orang Terengganu yang nak sambung belajar. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BANTUAN MAIDAM; Pemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut seb...

MACAM MANA NAK TUKAR LESEN KERETA P KE LESEN BESAR

Hello semua........ Aku baru kelmarin pergi tukar lesen kereta P ke lesen besar. Aku tak tau orang lain panggil apa,tapi aku panggil lesen besar. Lepas ni, aku tak payah dah letak pelekat P tu kat kereta dan motor aku.  Hoorayyy... Aku bukan apa, tapi aku selalu bawa motor dari kereta. Sebab senang, aku dah tiga kali pelekat lesen p tu tampal kat motor. Dan tiga-tiga kalilah pelekat tu hilang. Time aku nak pergi kelas bawa motor aku selalu berdebar takut kena saman dengan polis. Nak komplain lebih tak boleh, sebab motor tu bukan aku punya (-_-) Jadi bila dah tukar kepada lesen besar ni, aku tak bimbang dah nak bawa kereta dan motor. Jadi, macam mana aku tukar lesen kereta P ni kepada Lesen Besar. Senang je caranyer. Benda yang perlu korang bawa semasa pergi JPJ : Lesen Memandu Kad Pengenalan. Duit Aku duduk dekat Kuala Terengganu jadi aku pergi tukar lesen dekat jabatan utama JPJ. Aku tak pasti dekat JPJ UTC atau pejabat pos boleh tidak tukar Lese...

BANTUAN KEWANGAN UNTUK PELAJAR DARI TERENGGANU MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPTA DAN IPTS

Hello semua..... Kali ni aku nak cerita sikitlah pasal bantuan kewangan yang pelajar daripada Terengganu dapat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS. Aku sekarang tengah ambil ijazah jadi aku pun ada menerima bantuan kewangan dari kerajaan Terengganu selain PTPTN. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin juga ada yang tidak tahu lagi. Jadi kat sini aku nak ceritakan 3 bantuan yang korang boleh dapat kalau korang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Tak banyak benda yang aku boleh kongsikan sebab masa aku ambil diploma dulu aku tak tau pun yang bantuan ni ada kecuali yang yayasan terengganu punya saja. Lepas aku sambung ijazah pada akhir tahun 2018 pihak kolej aku yang bagitau yang pelajar daripada Terengganu ada terima bantuan ni dan diorang yang tolong daftarkan untuk aku. Aku cuma hantar semua borang peribadi yang diperlukan untuk daftar dan tunggu duit masuk jelah hehehe..... 1. Yayasan Terengganu Untuk Yayasan Terengganu bantuan yang dia bagi untuk pelajar IPT yang...

SPA: PEPERIKSAAN ONLINE

Image
Hi semua.. kali ni aku nak cerita sikitlah pengalaman aku time dapat email untuk peperiksaan online SPA. Tapi tak banyak benda pun aku nak citer sebab aku tak lulus pun ujian tu...hahahahah.... Pertama, korang kenalah berdaftar dulu dengan SPA secara online dekat portal rasmi diorang. Sudah siap daftar semua, kalau korang dah daftar dia ada bagi 15 jawatan yang boleh dipohon. Nanti berdasarkan 15 jawatan korang pohon tu, kalau ada kerja kosong masa tu. Korang boleh cek dekat bahagian semakan. Kalau dia tulis melepasi tapisan, Insyaallah tak lama kemudian diorang akan email kat korang. Tapi proses dia memang makan masa, sebab seingat aku dulu. Aku punya selalu tak lepas tapisan, 3 tahun tunggu. Alhamdullilah lepas tapisan, aku time tu gabralah. Dah lepas tapisan ni nak kena buat apa lagi kan. Aku ingat surat sampai dekat rumah. Tapi pihak SPA akan emailkan sahaja dekat korang, sebab korang baru lepas tapisan dia je. Bila korang dapat email, memang dalam tu dia akan bagitau semua...

PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN UNTUK IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA

Apa khabar semua.... Hari ni aku nak kongsi sedikit info yang aku baca. Korang semua mesti tahu yang kebanyakkan students di Malaysia yang melanjutkan pelajaran di peringkat IPT akan buat pinjaman melalui PTPTN. Hari ni aku nak share yang PTPTN ada buat pengecualian bayaran balik untuk peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Untuk peminjam IPTS, program korang mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi dari MQA. Aku sebenarnyer tak pernah tahu pun yang PTPTN ni ada pengecualian bayaran balik ni. Tapi aku punya pensyarah yang bagitau sebab pointer aku untuk 3 sem tinggi, kalau pointer aku stay tinggi sampai habis sem. Aku bolehlah apply untuk benda ni. Aku masa tu excited giler. Siapa yang tak nak dapat duit free kan. So, bila aku dapat tahu time exam memang aku study hardlah. Bukan bermakna sebelum ni aku tak study hard tapi bila dah ada tujuan ni, dia study lain sikit lah hahahaha.... Selepas tu, aku pun tiba-tiba rasa nak pergi tengoklah apa syarat-syarat...

PROSES MENGAMBIL LESEN MEMANDU KERETA P

Hi semua... Untuk post kali ni aku akan share pengalaman aku  proses aku nak dapatkan  lesen memandu kereta P. Sebelum ni aku dah cerita cara nak ambil lesen kereta L. So ni kira sambungan dia lah. Tapi aku nak cakap skit aku dapat lesen P ni dah lama 9/2018 ari tu. Jadi mungkin ada satu dua aku tak ingat, biasalah aku ni kan pelupa hahahaha.... Sekarang kau dah dapat lesen L, jadi korang kena confirmkan tarikh untuk korang datang berlatih dengan cikgu korang. Time aku ari tu cikgu aku busy so aku cuma boleh berlatih dengan dia seminggu sekali atau 2 minggu sekali. Memang tak consisten langsung, tapi salah aku juga sebab terima je apa cikgu aku kata. Tapi korang kena fikirlah, minggu ni korang first time cuba bawa kereta. seminggu kemudian, sekali lagi. Korang rasa korang boleh ingat ke? Try mintak seminggu dua kali ke,terpulang kat koranglah. Yang pasti jadual korang tu kena matching dengan jadual cikgu korang. Lesen L korang tu tak bermakna korang dah boleh bawa kereta...

SAMPAI SINI SAJA POST DARI BLOG LAMA AKU

Hai Semua.... Aku nak inform je yang post yang kat bawah tu, post dari blog lama aku. Jadi lepas ni kalau aku post semua memang tahun 2020. That's all.

PROSES MENGAMBIL LESEN MEMANDU KERETA L

Image
Assalamualaikum semua..... Kali ni aku akan kongsikan pengalaman aku masa nak ambik lesen kereta. Aku akan tulis dua bahagian proses nak dapatkan lesen kereta L then Lesen kereta P. Jadi, first aku akan cerita kat korang pengalaman aku macam mana nak dapat lesen kereta L dulu. So, ikutkan sebenarnya aku menyesal sikit time ambil lesen kereta dulu. Sebab aku salah ambil time belajar dulu, Aku ambik lesen kereta sebab ingat kalau dapat praktikal jauh boleh naik kereta pergi tempat kerja. Sekali tu dapat dalam negeri sendiri je dekat dengan rumah pulak tu.hahaha... Mula mula nak ambik lesen kereta ni kena.... 1.Pertama mestilah kena berdaftar dulu dekat tempat dia.(Bitara,Ganda, dan lain-lain tempat) 2. Kalau kereta kita kena ada cikgu untuk mengajar kita. Seelok-eloknyer mintak tolong family, mana tahu diorang ada kenal mana-mana cikgu memandu sebab kalau korang tak ada cikgu mintak tempat belajar kereta korang carikan cikgu. Aku dengar adik aku cerita kawan d...

Pengalaman Interview sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat Di FELDA

Kali ni aku nak cerita tentang Interview Kerajaan pulak.. Sebelum ni semua Swasta..Kali ni lebih formal la..kiranyer. Banyak-banyak interview yang ni la aku rasa nak hetam je kepala bila fikir balik. So aku hanya akan beritahu soalan interview dan jawapan yang terbaik aku rasa yang interview lain jawab. Kali ni aku dapat email dari Felda menyatakan yang aku dapat temuduga jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat. So aku pun pelik la,actually tak ingat pun ada mintak . Kiranye aku termasuk dalam orang yang telah disenarai pendek. Orang lain biasa akan excited, otak aku pulak fikir nak terima ke tidak. Why? Sebab aku tak tahu apa kejadahnya Pembantu Pembangunan Masyarakat ni. Tu aku teragak-agak. Then aku fikir 'Pergi jelah..dapat ke tak tu cerita lain...sekurang-kurang ada juga pengalaman interview' So aku pun accept. Tapi sebab ni first Interview kerajaan. Aku baca 3 hari berturut-turut sebelum tarikh interview. Cuma apa yang aku rasa nak pukul diri aku sendiri ialah...

Pengalaman Interview Sebagai Kerani Jualan

Assalamualaikum semua.... Mesti korang pelik kenapa aku tulis bahasa melayu pulak kali. Aku tulis bahasa English sebab nak mengasas skill Bahasa English aku supaya tak karat.. Almaklumlah aku ni seorang pelupa, takut dah tak tahu nak tulis bahasa English pulak.. Buat rugi je aku belajar bahasa English dari kecil sampai abis kolej...hahaha... So untuk post kali ni dan post akan datang aku akan guna bahasa melayu sebab aku dah jumpa cara nk mengasah bahasa english aku kat lain...Lagipun dah nama anak melayu memang best guna bahasa Melayu la...Hidup Malaysia (^_^) Post kali ni still pasal interview juga tapi jawatan lain. Tugas pun ada kelainan juga dari kerani am. So yang ni aku pergi interview dengan Amoi cantik kedai motosikal, mujur aku ni perempuan tak tergoda dengan kecantikan amoi tu. Yang interview kali ni 98% nak boleh dah tapi sebab satu kesalahan melepas....terbang melayang dibawa angin (-_-")..huhuhu..sedih pulak rasanyer. Mesti korang fikir aku ni asyik gi int...

My Other Job Interview As Clerk/Kerani Am

Hi... We meet again, so the last post I write on my first interview. So this time I will also write my other Interview. The same job position interview. Because I already explain so much in my last post. This time I'm going to make it simple. BTW, when I went to this interview I realize. Although the same job position interview but different company want different job duties as clerk. For example, the first company wants me to know how to calculate the salary but this one that I'm about to write. Want me to know how to write a formal letter. So without further ado let start it. Make sure to check the company (History, background, and other information that has something to do with the company). Prepare Important document ( Resume and all your important certification). Make sure you have a copy of this as some time. The interviewer like to keep your resume and other certification especially if you get a government interview.Also a stationary and a notebook. Survey the lo...

First Interview As A Clerk/Kerani AM

Image
My first Interview happens about two months ago. So, my memory was a bit blur but I will try to explain in detail as possible. Hope this post can help you somehow. The interview was at 10.00 am. As usual, for the meaning of FIRST was surely a nerve-wracking experienced. When I arrived at the location I can't seem to find that place. Not sure which building the office was, I have to ask a Cashier that work at the DIY shop for the address and at that time I arrived I was already late. So here I will tell what you must do but I did not do. Don't follow my behavior, you regret it. 1.Make sure you leave home earlier. At least, when you arrived at the location there still 15-20 minute before the Interview start. 2.Please survey the location and the office one day before the day of the interview or you end up like me. I have to ask people and when I found the office. I sweat A LOT. Trust me on this. 3.Wear a proper dress. To be honest, this one I google it. It says if t...

Macam Mana Terciptanya Blog Ini

Assalamualaikum dan apa khabar semua  Aku buat blog sebab nak share pengalaman interview kerja dan apa benda aku rasa nak share. Aku dah pernah buat blog dulu. Tapi lepas tu aku tak tau nak post apa and aku busy masa tu jadi aku pun tinggalkanlah blog aku tu. then, baru-baru ni aku tba-tiba teringatkan aku punya  blog. Aku pun pergilah dekat blog aku, aku masa tu usernama dengan pasword memang aku tak ingat dah. Tapi terdetik nak tengok balik. Memang terkejut beruk aku masa tu Post aku yang atas sekali ada gambar tak senonoh. Istigfar aku dalam hati, mula-mula aku ingat iklan. Aku duk menyumpah dalam hati tak guna punya iklan. Tapi aku tengok betul-betul macam image yang ada dalam post.Aku apa lagi terus aku pergi selongkar laptop aku dekat bahagian sticky note. Cari email and password aku. Alhamdullilah jumpa pun, istigfar aku nampak gambar tu. Then aku pergi check dekat post aku memang gambar tu ada dalam post aku. Korang tak tau betapa terkejutnyer aku masa tu. Sampai...